Berniaga Tanpa Kedai Tapi Jualan Mencecah 5 Angka, Ini Teknik Yang Homebakers Gunapakai

Di musim pandemik Covid 19 ini, ramai yang kehilangan perkerjaan dan ada perniagaan yang terjelas teruk sehingga terpaksa menutup premis perniagaan mereka. Bebanan kewangan isi rumah juga turut dirasai kini.

Dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup, ada cara untuk memperoleh pendapatan iaitu dengan menjalankan bisnes dari rumah. Saya tuliskan semula di sini perkongsian rakan perniagaan yang saya kagumi. Beliau berjaya peroleh jualan sehingga 5 angka hanya dengan berniaga dari rumah sahaja.

.
.
Saya pernah sembang dengan seorang rakan yang dapat sales sehingga 5 angka sebulan dengan jualan kek dan roti dari rumah.

Tanpa kedai dan sepenuhnya beroperasi dari rumah. Saya cuba jugak ‘risik’ rahsia yang digunakan.

“Alah ritz... akak ni meniaga dari rumah aja. Overhead (kos operasi) rendah dan akak gunakan sebaik-baiknya social media (facebook dan instagram) untuk branding dan promote produk akak”. Dibalasnya spontan.

Jawapan ringkas tapi sangat bermakna. Zaman sekarang, ramai peniaga online menggunakan sosial media untuk lariskan produk.

Tapi kita kena faham yang peranan social media adalah untuk bersosial. Kalau posting kita nampak sangat seperti iklan, orang tak suka (scroll wall laju-laju) 😅 kecuali kalau kita seorang influencer. Pakai baju harga RM10 pun orang minat nak beli.

Tips mudahnya ialah gambar dan video. Ini adalah BIG STOPPER yang buatkan kenalan atau prospek nak beli produk dari kita.

Gambar cantik tu dah bagus tapi kena pastikan bila orang tengok gambar kita, dia rasa terliur dan mengidam (craving).

Gambar dan video senjata utama pemasaran sosial media untuk masa sekarang. Kalau kita masih mengharapkan banner dan bunting luar kedai, memang perniagaan kita tak akan pergi jauh. 

Sama jugak dengan video. Nak hasilkan video yang buat orang rasa geram dan menjejes air liur jugak ada caranya.

Semua itu perlukan ilmu. Tak rugi sebenarnya kalau kita buat sedikit pelaburan untuk ilmu yang menguntungkan di masa hadapan.

Jangan lepaskan peluang untuk belajar dengan youtuber makanan dan juga photographer professional secara LIVE nanti. Pelaburannya cuma sekali, tapi pulangannya berkali-kali ganda jika kita praktikkan apa yang sudah diajarkan. Boleh dapat KELAS PERCUMA CARA BUAT FB ADS dan KELAS YOUTUBE INCOME TINGGI sekali.. Mana la tahu ada yang nak bina nama dan branding di Youtube sekali kan. Memang berbaloi.

Nak belajar, klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" di bawah ni. 

Good luck semua. Dah berjaya nanti jangan lupakan saya ye. 😊


Related Posts

5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
2 bulan berturut-turut kelas bisnes online kami dihadiri oleh agent Thermomix untuk upgrade ilmu menjual mereka. Jadi...
Read More
10 Website Sedeqah Gambar Percuma Untuk Designer dan Peminat Foto Cantik
10 Website Sedeqah Gambar Percuma Untuk Designer dan Peminat Foto Cantik
Designers untung banyak tak perlu keluarkan duit nak guna gambar cantik secara percuma. .Ada masa, kita TAK BANYAK MA...
Read More
Karakter Unik Khaby Lame Mampu Raih 100 Juta Subscribers Di Tik Tok
Karakter Unik Khaby Lame Mampu Raih 100 Juta Subscribers Di Tik Tok
Karakter istimewanya serta ekspresi dan humornya yang unik menjadikannya seorang yang sangat dikenali masa kini. Dia ...
Read More

Filter
Berniaga Tanpa Kedai Tapi Jualan Mencecah 5 Angka, Ini Teknik Yang Homebakers Gunapakai - Saiful Nang Academy
Berniaga Tanpa Kedai Tapi Jualan Mencecah 5 Angka, Ini Teknik Yang Homebakers Gunapakai - Saiful Nang Academy