Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone

Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Nak makan, order. Nak masuk kelas, daftar sahaja online. Nak ambil gambar, guna sahaja kamera smartphone. Tapi, bila ambil gambar ada sahaja tak kena, gambar 'blur' lah, fokus dia lari lah, tak pun gambar jadi tidak menyerlah. Jangan risau, kami kongsikan tips untuk jadikan gambar yang dibidik semakin menarik.

1. Gunakan 'Grid Lines'

Salah satu cara termudah dan terbaik untuk menambah baik gambar smartphone ialah dengan menggunakan setting 'grid line' yang ada pada kamera smartphone anda. Ia menghasilkan satu siri garisan pada skrin kamera smartphone yang berdasarkan 'Rules of Thirds', satu peraturan komposisi fotografi yang mengatakan gambar perlu dipecahkan kepada pertiga, secara mendatar dan menegak, menjadikan gambar kita terpecah kepada sembilan bahagian.

Berdasarkan peraturan ini, jika kita letakkan subjek gambar kita pada pertemuan antara garisan atau mengikut garisan, gambar kita akan menjadi lebih seimbang, lebih sekata dan gambar kelihatan lebih natural.

Untuk tukar setting ini,

  • Pengguna Iphone : Pergi ke "Settings", pilih "Photos & Camera" dan hidupkan "Grid"
  • Pengguna Android : bergantung kepada brand smartphone anda, kebiasaannya anda perlu buka kamera fon, pilih menu, buka "Settings" dan hidupkan "Grid"

2. Gunakan Cahaya Semula Jadi

Sekarang ini agak sukar untuk kita dapatkan gambar smartphone yang cantik dan menarik dengan sekali klik sahaja. Selalunya, gambar tersebut samaada akan overexposed, warna gambar kelihatan lebih suram dari yang sebenarnya atau subjek kelihatan blur dan tidak menyerlah.

Kita boleh manfaatkan sumber cahaya semula jadi yang ada, walaupun pada malam hari atau sesudah subuh. Ini membolehkan kita untuk bermain dengan bayang-bayang atau mencipta bayang-bayang dari sumber cahaya yang lain, seperti lalu lintas dan bangunan sekeliling.

3. Guna Fungsi Fokus Pada Kamera

Kamera smartphone sekarang secara automatik akan fokus pada permukaan hadapan, tetapi bukan semua gambar yang kita ambil mempunyai subjek yang jelas, menjadikan gabar kelihatan kabur dan kurang menarik. Untuk adjust kamera fon kita supaya fokus pada subjek yang kita ingini, kita boleh adjust fokus kamera kita dengan cara klik pada skrin fon kita yang sedang memaparkan subjek yang kita ingin fokuskan.

4. Fokus Pada Satu Subjek Sahaja

Kebanyakan gambar-gambar yang terbaik hanya fokus kepada satu subjek sahaja. Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk pastikan kita dapat shot yang terbaik. Sesetengah jurugambar profesional mengatakan bahawa subjek tidak sepatutnya memenuhi ruang, sebaliknya dua pertiga daripada gambar yang diambil merupakan ruang negatif agar mampu menonjolkan lagi subjek dalam gambar tersebut.

5. Jangan Takut Untuk Edit Gambar

Membidik gambar dengan komposisi dan posisi yang menarik hanyalah langkah pertama untuk menjadikan gambar menarik secara visual. Langkah seterusnya dan yang paling penting adalah proses menyunting atau edit gambar yang telah dibidik tadi. Filter adalah aset paling berharga buat forografer, terutamanya apabila melibatkan dua matlamat:

  • Menghilangkan kecacatan pada gambar
  • Menjadikan makanan kelihatan lebih lazat.

Nak tahu lagi teknik dan taktik untuk menjadikan gambar yang dibidik seperti fotografer professional? Ikuti kelas fizikal kami yang akan diadakan pada Sabtu, 28 Januari ini. Boleh klik saja "ADD SELECTED TO CART" di bawah ni untuk daftar ke dalam kelas.

Jumpa di sana!


Related Posts

3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More

Filter
Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone
Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone