5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka

Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita nampak.

Ada yang memilih untuk tidak dedahkan langsung gadget pada anak, tetapi ada juga yang beri pendedahan pada anak memandangkan urusan pendidikan hari ini juga ada yang melibatkan penggunaan gadget. Apapun, itu bergantung kepada pilihan masing - masing.

Bila dah terlampau lebih penggunaannya daripada keperluan, memang buat anak ketagih. Ya, macam dadah tu, boleh buat anak kita jadi ketagih ya!

Sebab itu, kita kena KENAL TANDA anak ketagihan gadget. Jangan sampai dah terlalu teruk kesannya baru kita nak menyesal.

Berikut adalah tanda - tanda ketagihan gadget yang perlu kita awasi pada anak - anak:

1. Anak hanya nak gadget sahaja

Setiap kali kita tanya apa reward yang mereka mahukan, mereka hanya nakkan gadget/ phone sahaja. Dalam banyak - banyak benda, kenapa itu sahaja menjadi pilihan? Itulah yang menandakan hanya gadget sahaja yang ada dalam fikiran mereka. Hati - hati ya dengan perkara ni, jangan hanya ingat mereka mengada - ngada sahaja.

2. Cerita apa yang dimain dalam gadget sahaja

Dekat meja makan, cerita tentang “Candy Crush”. Sebelum tidur, cerita tentang PUBG. Asal cerita sahaja mesti tentang game dalam gadget. Ini sangat tidak sihat ya ibu ayah. Anak - anak sepatutnya perlu explore dan minat dengan perkara yang real, bukan hanya ingat game/ gadget sahaja.

3. Susah nak bersosial

Sentiasa nak berkepit sahaja dengan gadget, berenggang sedikit pun tak boleh, sampaikan nak makan dan tidur pun bawa gadget. Tambah pula kalau jumpa saudara mara, tak bertegur sapa pula, main gadget sahaja. Itu tak bagus ya ibu ayah.

4. Anak tantrum bila tak dapat gadget

Ini memang sudah terang lagi bersuluh, nampak terang - terangan dia punya mengamuk. Orang ketagih, bila tak dapat barangnya, memang akan usaha sedaya upaya untuk dapatkan.

5. Anak curi - curi guna

Ini lebih kepada parents yang hanya beri gadget pada masa tertentu sahaja pada anak. Kalau anak dah pandai nak curi - curi guna gadget tanpa izin dan tanpa ikut masa yang ditetapkan, cepat - cepatlah bertindak.

Jadi, inilah tanda yang perlu kita awasi pada anak - anak kita apabila sudah didedahkan dengan gadget. Kita tidak mahu bila ada gadget sahaja yang matanya bercahaya, sinar kebahagiaan terpancar dari wajah mereka.

Jika rasa tak mampu kawal, adalah lebih baik kita jamgan beri langsung. Beri mereka lakukan aktiviti yang real, yang mampu memberi kebaikan kepada tumbesaran mereka seperti melukis, mewarna, bercucuk tanam dan sebagainya.

Bagi ibubapa yang berminat untuk tingkatkan kreativiti anak - anak, bolehlah daftarkan kelas seni ARTMAN bersama kami. Anak - anak mesti teruja dapat belajar perkara baru.



Klik sahaja button ADD SELECTED TO CART di bawah untuk daftar dan dapatkan harga DISKAUN bagi pakej yang disediakan.


Related Posts

Ketagihan Gadget Punca Fenomena Anak Tak Dengar Kata
Ketagihan Gadget Punca Fenomena Anak Tak Dengar Kata
Kajian saintis menunjukkan anak yang sudah terlalu leka dan seronok dengan gajet ini bakal mengalami MASALAH SENSITIV...
Read More
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Program Artcamp daripada Artman baru sahaja melabuh tirai. Seminggu cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk anak-anak...
Read More
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Dulu kami fikir, umur bawah 7 tahun masih belum wajib nak bertudung. Masih kanak-kanak lagi kononnya. Namun kami rasa...
Read More

Filter
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka