ADA 3 ANAK UMUR 12 TAHUN DALAM MEETING MARKETING KUMPULAN JENAMA KAMI

ADA 3 ANAK UMUR 12 TAHUN DALAM MEETING MARKETING KUMPULAN JENAMA KAMI — Mereka adalah anak-anak Asnaf dan yatim dari RPWP yang telah melepasi tahap asas pendidikan akademik dan kemudian diserap masuk ke dalam operasi syarikat.

Mereka berselang hari di sini. Pada hari kemahiran mereka diberi pendedahan keusahawanan dan pada hari akademik mereka menjalani persekolahan seperti biasa.

Macam mana nak buat tu?

Sebab tu semenjak 2015 kami tak toleh kanan kiri, kmi terus bina sekolah kami sendiri bagi memaksimakan potensi pendidikan anak-anak ini.

15 perusahaan yang ada hari ini, hampir semua telah diambil teraju oleh golongan anak-anak ini. Kan saya selalu katakan, bina manusiaa dahulu kerana manusianya yang akan bina perniagaannya.

SAIFUL NANG
Rare Founder