Ini contoh gambar yang diambil untuk menghasut dan buat orang geram

Ini contoh gambar yang diambil untuk menghasut dan buat orang geram.

Ramai yang salah faham untuk gambar marketing paling penting gambar perlu cantik semata mata.

Tak Tepat

Gambar Cantik itu penting, tetapi nombor 1 ialah nak pastikan gambar kita ni orang jadi geram. Macam mana ?

Ini tambahan dari tips yang diberikan oleh Cikgu AA dan Cikgu Harraz semalam.

1. Ambil gambar dari first person view.
Ini memberi impressi seolah-olah yang melihat gambar ini sedang berada di sana.

2. Model tak perlu pandang kamera dan gaya santai sahaja
Gambar yang dihasilkan seolah-olah kita sedang betul betul menikmati tempat/makanan tersebut

3. Jangan Abstract sangat
Ada yang buat gambar cantik tapi orang tak faham tujuan, itupun masalah.

Make it simple,
Nak buat orang lapar : Tnjuk gambar orng Sedang makan
Nak buat orang geram travel : tunjukan gambar pemandangan dengan orangnya, Jangan sekadar pemandangan semata mata

4. Warna jangan kusam
Untuk pemasaran, warna klassik dan kusam kurang sesuai. Nanti dalam social media dia tak standout. Warna biar bright tapi tak berlebihan

Ini sedikit sebanyak tips ringkas tambahan dari apa yang dikongsikan dari Ngopi Bisnes semalam. Jadi lepas ini ambil gambar pastikan tahu untuk apa.

Syibli Fakih
* Dulu ambil gambar landscape tak suka letak orang dalam gambar, tapi untuk Rarecation dah berhijrah disiplinnya. Setiap gambar landscape wajib ada orang. Baru orang geram.*