MEMANG BUAT FB PAGE UNTUK CARI LIKERS. KENAPA?

MEMANG BUAT FB PAGE UNTUK CARI LIKERS. KENAPA?

Bila ada Likers, kita mudah menjual. Tujuan cari liker ialah utk funnelkan manusia yang ramai kepada manusia yang mempunyai minat kepada apa yang kita buat dan jual. Memang kita buat post untuk dapatkan Liker. Dari post tu juga kita boleh buat Like marketing untuk tambah like. Bukan untuk populariti atau nak jadi artis, tapi bezanya seperti di bawah


TANPA FOLLOWERS

Kena spend banyak duit buat iklan dengan kos engagement yang sangat tinggi kerana orng tak kenal kita siapa. Macam salesman yang datang dari meja ke meja tanpa kenal orang. 100 meja dia singgah, ada lah 1 orang membeli


DENGAN FOLLOWERS

Iklan kita lebih engaging kerana orang dah pernah lihat dan kenal kita sehingga mereka mengklik LIKE pada page kita. Bila sasarkan kepada golongan ini, iklan kita sangat murah. Macam menjual di kalangan rakan satu ofis. Semua dah kenal kita ni penipu ataupun tak 😁


Filter
MEMANG BUAT FB PAGE UNTUK CARI LIKERS. KENAPA? - Saiful Nang Academy
MEMANG BUAT FB PAGE UNTUK CARI LIKERS. KENAPA? - Saiful Nang Academy