NAK JADI YOUTUBER. ALHAMDULILLAH CHANNEL KAMI MENINGKAT SEKALI GANDA DARI BULAN LEPAS!

NAK JADI YOUTUBER. ALHAMDULILLAH CHANNEL KAMI MENINGKAT SEKALI GANDA DARI BULAN LEPAS!

Kami kongsikan terus caranya tanpa perlu tunggu sampai subscribers 100k pun. Kami mula dalam 12k subscribers lepas 3 tahun dump dan tinggal video dalam Youtube kami di pautan Rare.tv — subscribers ikut hanyut ikut nasib.

Mula bulan lepas kami mula dari 12k hari ni dah nak dekat 24k. Ikutkan momentum jika kekal, next month double up, seterusnya double up lagi.

Hari ni saya kongsi dulu tentang CHANNEL HOME. Ini macam website kita, dulu saya tak pernah kisah tapi kali ni kita betul-betul particular. Saya ambil contoh kawan kita juga yang buat Youtube, content makin baik lagi-lagi lepas dia join kelas food video kita last week. Tapi “Home Channel” macam terbiar.

Kenapa penting?

Tak semua yg kita buat akan viral. Tapi kalau ada yang viral, orang mesti akan klik channel dan masuk ke Channel Home. Kalau tak menarik, orang akan tinggalkan dan kekal lah yang viral itu hanya 1 video sahaja dan tak membantu menaikkan channel sangat pun.

So, boleh bandingkan yang kami buat RARETV dan kawan kita RestoranBurungHantu.

Nampak bezanya?
Ubah sikit, kesannya nanti boleh nampak.

Kami dah dapat rentaknya dan kami tak bayar apapun kepada Youtube untuk naikkan subscribers

Nak belajar jadi Youtuber?


SAIFUL NANG
Youtuber Muda 😌