NAK TAK SAYA AJARKAN SATU ILMU YANG LEBIH HEBAT DARI KEHEBATAN DIRI FOUNDER SENDIRI?

Apabila kita letakkan tangan kita bersama tangan orang lain.Kita LENGKAP MELENGKAPI antara satu sama lain. Saya tak sempurna, disempurnakan oleh Syibli. Syibli dan saya tak sempurna, disempurnakan oleh pasukan kami.

SARANAN KEPADA SEMUA FOUNDERS, kita semua tidak sempurna, tetapi circle Rare Founders ini kita jadikan satu keluarga. Kita lengkap melengkapi.

TERKINI, Ramai yang terkial-kial buat logo tetapi ada yang dah pandai buat dan elok pulak tu. 5 hari 5 malam kawan buat logo asyik kena reject, tapi mungkin 5 minit yang kita buat terus approve. Bantulah sedekahkan 5 minit kita tadi, kerana ia bukan percuma tetapi niatkan amal jariah.

Logo itu mungkin akan membawa bisnes kawan kita tadi menjadi billion satu hari nanti. Masa itu, kita cuma senyum dan anggaplah, pada zakat mereka itu ada bahagian kita di akhirat nanti. Atau berapa ramai anak yatim yang dibela dan kita adalah salah satu dari tangan yang membangunkan bisnes mereka.

Jangan letak bisnes hanya untuk diri sendiri, bisnes ialah satu ekosistem. Circle kita ini untuk lengkap melengkapi.

Dalam bisnes, adik beradik pun tak sokong kecuali kita dah berjaya. Dalam bisnes, circle kita inilah KELUARGA KITA, ADIK BERADIK KITA. Takkan nak lihat adik beradik kita susah kita tak bantu?

Jelas?
Ubah perspektif kita
Beri nilai pada orang lain
Beri tanpa harap balasan

Tak semestinya yang kita bantu akan membalas, tetapi ramai lagi yang melihat nilai kita itu yang akan membantu kita. Allah juga yang beri bantuan itu nanti melalui tangan-tangan yang dipilih.

SAIFUL NANG
RareFounders.Com
#SebarkanIlmuSatuJihad


Filter
NAK TAK SAYA AJARKAN SATU ILMU YANG LEBIH HEBAT DARI KEHEBATAN DIRI FOUNDER SENDIRI? - Saiful Nang Academy
NAK TAK SAYA AJARKAN SATU ILMU YANG LEBIH HEBAT DARI KEHEBATAN DIRI FOUNDER SENDIRI? - Saiful Nang Academy