RANGKUMAN CONTENT MARKETING - ORANG LAIN PASANG BILLBOARD, MASUK TV BERJUTA HABIS, KITA TAK HABIS RM2K BOLEH DAPAT 1 JUTA SALES

RANGKUMAN CONTENT MARKETING - ORANG LAIN PASANG BILLBOARD, MASUK TV BERJUTA HABIS, KITA TAK HABIS RM2K BOLEH DAPAT 1 JUTA SALES

Bulan pertama dan kedua kita bersiaran live setiap hari (bukan rakaman kecuali masa raya haji) untuk kita bawa PENJIMATAN kepada founders yang ramai masuk kelas sifu-sifu bijak sifir yang mengajar bagaimana menggunakan ads untuk pemasaran.

Cuma dengan pengalaman kami ada, kami kongsikan strategi jalan tikus bagaimana nak dapat sejuta dengan serendah-rendah tak sampai 1k kos ads. No billboard, no TV, no radio ads cuma CONTENT.

Rangkumannya begini

1. Kaji tepat sasaran kita. Fokus pada sasaran. Jangan besar sangat sasaran, biar kecil dan fokus kemudian dari masa ke masa baru besarkan.

2. Gunakan konsep ikan di kelong. Musim tengkujuh (kegawatan) tak ke laut pun boleh dapat ikan tak putus. Pastikan kita siapkan kesukaan ikan mengikut spesis ikan yang kita mahukan.

3. Buat content apa yang kita pandai dan mudah dengan video, foto dan text dengan menggunakan henfon sahajapun tak mengapa asalkan content POWER dan orang share secara organik kepada sasaran kita.

4. Enjoy the journey, enjoy the process dan slowly monetize dan boost dengan ads yang biasa orang lain buat harganya sampai 50 sen per engagement kita boleh dapat 1 sen.

5. Iklan hardsell bermakna awak menderma kepada Mak Zubek. Iklan softsell educating market dan Mak Zubek pula akan sedekah pada kita.

6. Passionate dan consistency itu KUNCI kalau nak berjaya cara begini. BERITA BURUK : Tiada shortcut but the journey is fantastic, enjoyable dan murah. Walaupun tak ada shortcut, tapi tak lah sampai si gadis tumbuh janggut.

7. Untuk apa cepat-cepat dapat juta tapi belanjanya pun banyak juta juga. Nanti tahun depan kena belanja lagi juta untuk dapat juta yang baru. Cara Rare Founders, nak dapat 1 juta pertama tu makan masa sedikit untuk establish CONTENT FOOTING tetapi nak dapat juta kedua, ketiga dan seterusnya tu dah macam autopilot. Kita bercuti kat Maldives sebulan pun, bisnes fly macam biasa.

Ready nak jadi rare?