Bagaimana Youtuber Boleh Dapatkan Income Setanding Doktor Pakar

Kebanyakan Youtuber dari dalam dan luar negara bermula sebagai hobi dan minat, dan kini menjadi sebagai sumber pendapatan utama bagi mereka. Setiap bulan mereka menerima pendapatan anggaran serendah 5 angka sehingga ke 6 angka dari channel mereka; dah setaraf dengan orang kerja oil and gas dah.

Macam mana pula nak dapat income dari channel ni?

1. PRODUCT REVIEW

Jika anda seorang food Youtuber, ini perkara biasa. Banyak pengeluar produk makanan akan hantar makanan mereka untuk kita review di channel kita. Begitu juga dengan restoran. Sifir yang sama juga jika kita seorang travel Youtuber, akan ada tempat percutian dan peranginan yang akan bayar kita untuk review tempat mereka. 

2. IKLAN

Biasa kan bila kita tengah syok layan video Youtube, tiba-tiba ada iklan kat tengah-tengah video, atau pun di permulaan video. Bila viewers kita tengok iklan tu, kita juga akan dapat jana pendapatan dari situ.

3. SPONSORED VIDEO

Sponsored video ni konsepnya sesebuah produk membayar kita untuk meletakkan produk mereka di dalam video kita. Sebagai contoh, Nestle minta kita review produk susu mereka yang terbaru. Jadi dari resepi yang kita buat kita selitkan sekali mengenai produk susu itu. 

Beza product review dengan sponsored video? Product review 1 video cerita pasal product itu sahaja, sponsored video kita selit sekali produk client dalam video kita.

Dah beli henfon canggih mahal-mahal, jangan guna untuk main game dan scroll Instagram dan Tiktok jer, manfaatkan sebaiknya dan gunakan gambar dan video untuk kita jana pendapatan sampingan/pasif. 

4. JUAL PRODUK SENDIRI

Ini paling terbaik dan memang ramai Youtuber/Content maker buat. Sugu Pavithra ada jual buku masakan. Youtuber cilik Ryan Kaji jual merchandise. Syahmi Sazli pula produce filem sendiri. Jika kita ada Youtube dengan follower yang ramai tetapi tiada produk sendiri, rugi sebenarnya. Sebab antara 4 cara buat duit ini, nombor 4 ni yang paling menguntungkan.

Dah tahu macam mana nak jadi Youtuber/content maker pun boleh jadi kaya-raya sampai boleh hidup selesa? 

The best thing about Youtube ni, tak ada limit umur. Maksudnya kalau ada anak-anak kita yang nak jadi Youtuber pun tiada masalah. Atau kalau ada ibu ayah kita yang minat pun boleh mula juga.
 

Kami sendiri pun mula secara serius bina content di Youtube pada Oktober 2020 dan bermula dari 12,000 subscribers pada ketika itu, kini Youtube channel kami RareTV sudah pun mempunyai 108K subcribers. Alhamdulillah berjaya juga dapat Silver Play Button dari Youtube. Kebanyakan content yang kami bina semuanya di shoot menggunakan smartphone sahaja.

Nak buat video ni bukan susah sangat, dengan smartphone pun boleh. Tapi kena ingat, kejayaan, followers dan income ribu-ribu takkan datang dalam 1 malam tetapi dari ilmu yang betul dan usaha yang berterusan.

Ada yang bercita-cita nak jadi seperti Youtuber idola kita? Modalnya cuma smartphone yang ada di tangan dan kerajinan.

Rajin upload video dan rajin belajar upgrade ilmu. Nak belajar dengan kami cara nak shoot dan edit video hanya dengan gunakan smartphone, boleh klik sahaja gambar di bawah ni. Kelas cara naikkan subscribers Youtube channel pun secara PERCUMA jer jika daftar kelas Smartphone Video Shooting & Editing kami. 

Klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" untuk mendaftar.


Related Posts

Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menuru...
Read More
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Jadi cikgu ni, tak kiralah di zaman bila pun, cabarannya memang tetap ada. Zaman Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad al...
Read More
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Baru-baru ini Google Malaysia telah mengucapkan tahniah kepada salah seorang Youtuber tempatan, Syafiq Aiman yang ber...
Read More

Filter
Bagaimana Youtuber Boleh Dapatkan Income Setanding Doktor Pakar - Saiful Nang Academy
Bagaimana Youtuber Boleh Dapatkan Income Setanding Doktor Pakar - Saiful Nang Academy