Khairul Aming Berjaya Dapat Jualan Hampir RM140K Dalam Masa 54 Minit

Hey What's Up Guys..

Mesti ramai yang kenal dengan tagline di permulaan setiap video beliau itu. Semestinya beliau ialah Khairul Aming dan mempunyai hampir 3 juta followers di Instagram dengan hanya memuat naik video resepi masakan beliau. Mula terkenal di dunia sosial media pada tahun 2019 apabila Khairul Aming upload video 30 hari 30 resepi sepanjang bulan Ramadhan.

Setiap video yang Khairul Aming kongsikan pasti mendapat jutaan tontonan yang terhibur dengan keletah dan drama nya itu. Khairul Aming juga pernah features beberapa selebriti tanah air seperti Dato Sri Siti Nurhaliza dan juga Faizal Tahir untuk buat voice over dalam video pendek beliau. 

Berkat kegigihan memuat naik video resepi beliau setiap hari sepanjang 30 hari tersebut, nama Khairul Aming semakin dikenali oleh hampir setiap lapisan umur. Selain daripada baju raya, video dari Khairul Aming juga antara yang ditunggu-tunggu setiap kali datangnya Ramadhan. 

Setelah 4 tahun bertapak dan membuat self branding, akhirnya pada 6 Januari 2021 Khairul Aming membuat pelancaran produk terbaru beliau iaitu Sambal Nyet Berapi by Khairul Aming yang yang terjual 10,000 botol dalam masa kurang dari 1 jam.

Yang pasti, tiada kejayaan datang dalam masa 1 malam. Khairul Aming mengambil masa 4 tahun untuk bina nama dan dikenali seperti sekarang, pecah kepala fikir resepi baru, konsep video, shoot dan edit video. Basically Khairul Aming invest masa, idea, dan tenaga beliau sehingga berjaya ke tahap ini. Kualiti video yang dihasilkan juga bukan calang-calang, setanding profesional dah. 

Peniaga dan usahawan makanan juga boleh mengambil inspirasi dari kisah ini. Nak berjaya itu tak mustahil tapi perlukan usaha, kreatif dan kerajinan. 

Usaha yang berterusan.
Kreatif memikirkan idea dan content untuk menaikkan jenama.
Rajin buat video dan rajin tambah ilmu.

Kami ada menyediakan kelas khusus untuk peniaga makanan yang nak menghasilkan gambar dan video makanan yang menggiurkan. Tak perlu ada camera, tak perlu beli props, tak payah beli equipment mahal-mahal. Kita guna apa yang ada dengan kita je dulu - henfon. Dengan henfon ni macam-macam dah boleh buat. Video viral pun boleh buat dengan henfon. 

Orang dah terliur tengok gambar dan video kita, baru lah orang nak membeli. Lagi-lagi time PKP ni rakyat tak boleh keluar rumah, semua duduk depan screen henfon je, lagi senang terpengaruh bila tengok sesuatu yang nampak sedap. 

Jom lah semua usahawan makanan belajar dengan kami bagaimana nak naikkan jualan dengan menggunakan gambar dan video yang power.. Register sekarang boleh dapat discount lagi.. Klik je kat gambar bawah ni okay! 

Boleh masukkan Discount code FDPSFV10SNAP ketika check out untuk menikmati discount istimewa jika join kedua-dua kelas Smartphone Food Videography & Smartphone Food Videography. Discount sah sehingga Jumaat 15/1/2020 ini sahaja.

 


Related Posts

Asal Pembantu Rumah, Kini Gaji Tahunan RM1 Juta Hasil Upload Video YouTube Guna Smartphone
Asal Pembantu Rumah, Kini Gaji Tahunan RM1 Juta Hasil Upload Video YouTube Guna Smartphone
Dulu pembantu rumah, tapi kini terima gaji tahunan RM1 juta hasil upload video di Youtube. Siapa sangka, dengan video...
Read More
Kepengsss Serah RM5,000 dari Gaji Pertama Hasil Upload Video YouTube Kepada Ibu Tersayang
Kepengsss Serah RM5,000 dari Gaji Pertama Hasil Upload Video YouTube Kepada Ibu Tersayang
Anak balas jasa ibu hasil dari video YouTube jadi inspirasi untuk anak-anak yang mengenang budi. Siapa sangka, anak ...
Read More
Dari Engineer Ke Dapur, Kenali Chef Yang Mempunyai Hampir 1 Juta Followers Di Youtube
Dari Engineer Ke Dapur, Kenali Chef Yang Mempunyai Hampir 1 Juta Followers Di Youtube
Boleh dikatakan semua suri rumah dan minat masak dan mencuba resepi baru, mengenali wanita yang bersuara lembut ini. ...
Read More