Smartphone Photography

Regular price RM90.00 MYR
/

PAKAI SMARTPHONE HARGA RM 500 PUN GAMBAR BOLEH NAMPAK PRO, KALAU BETUL TEKNIKNYA.


Nak gambar cantik tak semestinya nak kena pakai smartphone yang harganya ribu-riban. Pakai smartphone yang harganya bawah RM 1000, macam brand REDMI pun boleh buat gambar yang gempak dengan cara yang betul. Suri rumah sambil jaga anak pun boleh capture momen anak yang menarik dan boleh terus upload dekat media sosial. 

Kita tak akan sempat untuk mencari kamera DSLR pun untuk dapatkan momen sebegini. 

Senyuman pertama anak, langkah pertama dan segala 'momen pertama' anak, kitalah juga nak merakamnya.  

Kita tak akan tahu bila saatnya untuk momen ini berlaku, tapi bila ianya berlaku, smartphone jugalah penyelamatnya dan detik ini boleh kekal dalam kenangan.

 Sambil bawa anak ambil angin petang, capai smartphone dan shoot gambar. 

Untuk mereka yang selalu keluar makan pun boleh capture gambar makanan dengan cantik meskipun makan dekat gerai tepi jalan sahaja. Perkongsian gambar makanan kita di media sosial juga akan jadi lebih menarik.


Bagi yang minat ambil gambar dan kaki travel kena belajar dapatkan gambar yang cantik-cantik pakai smartphone. Rugi kalau dah jalan jauh-jauh tapi hasil gambar tak memuaskan. Bayangkan balik sahaja dari bercuti gambar yang kita tangkap pakai smartphone auto cantik macam kita hire jurugambar profesional ala Che Ta pergi bercuti.

Shot ini dilakukan menggunakan smartphone di Timah Tasoh, tapi hasilnya macam berada di Wanaka Lake, New Zealand. 

Tak perlu lagi bawa kamera besar, berat dan mahal nak lilit di leher buat sakit badan. Mana sempat nak setkan aperture, exposure dan segala macam istilah teknikal yang memeningkan kepala, kan? 

Dengan smartphone, kita boleh 'shoot, edit & share' terus guna smartphone yang sama. Guna editing apps percuma sahaja pula tu. 

Senja di tepi bendang selesai meronda menaiki Honda Cup. Mana sempat nak bawa kamera berat-berat. Smartphone di poket jugalah jadi penyelamat.

 

Travel solo atau berkumpulan, dah tak perlu upah fotografer mahal-mahal nak shoot gambar macam ini.


Gambar ini diambil dengan menggunakan smartphone brand REDMI 6, RM 500.

Dah tahu semua 'tips & tricks'nya nanti, mahirlah nak hasilkan gambar-gambar 'power'. 

Rahsia menghasilkan gambar-gambar setara professional dengan hanya menggunakan smartphone akan dikongsikan dalam kelas ini dan telah menjadikan ianya antara PILIHAN UTAMA peserta-peserta sejak tahun 2013 lagi.

APA YANG AKAN DIPELAJARI:
1. Fungsi kamera
Fahami fungsi kamera di dalam smartphone kita. Fungsi potret, grid, panorama, exposure control dan pelbagai lagi fungsi yang tak ramai orang mahu ambil tahu. Jangan risau, kita boleh gunakan sebarang jenis smartphone yang ada di tangan. Manfaatkan apa yang ada dulu. 

2. Pencahayaan
Ketahui bagaimana gambar kita menjadi secantik DSLR dengan memahami kualiti cahaya ketika kita mengambil gambar. Cahaya bagaimana yang membuat gambar menjadi cantik dan pada waktu bila kita boleh mendapat gambar yang cantik. 

Gambar smartphone yang cantik, antara kuncinya dari pencahayaan yang baik.

3. Komposisi
Fahami teknik komposisi yang membuatkan gambar kita menjadi lebih menarik. Apa itu Rule of Third, Framing, Reflection dan Leading Line. Bagaimana untuk meletakkan elemen-elemen ini di dalam gambar kita.  

 4. Asas Editing
Belajar bagaimana untuk mencantikkan gambar dengan teknik editing yang mudah dengan apps percuma. 

Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.

UNTUK SIAPA KELAS INI?

  • Peminat fotografi dan sukakan koleksi gambar-gambar selfie/wefie/pelbagai genre
  • Travelers/backpackers tegar yang nak simpan kenangan travel 
  • Usahawan online/fizikal yang nak buat iklan guna gambar sendiri
  • Ibubapa yang ada anak untuk rakam gambar kenangan anak membesar
  • Guru-guru / pensyarah-pensyarah yang mahu kemaskini perkembangan p&p
  • Peminat fotografi beginner / advanced
  • Professionals yang tak banyak masa nak bawa gajet berat/besar dan perlu guna gambar untuk buat laporan perkembangan sites/syarikat
  • Atau sesiapa sahaja yang mempunyai/tidak mempunyai smartphone yang merasakan perlu untuk belajar ilmu ini

MATLAMAT KELAS
Di akhir kelas, para peserta akan memahami cara mengambil gambar yang cantik menggunakan smartphone yang ada tak kira sebarang jenama. Sesiapa pun boleh. Tak perlu upah orang lain dah.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Smartphone
2. Editing apps percuma


TESTIMONI

 

Customer Reviews

No reviews yet Write a review

PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out". Jika ingin memilih option pakej, tekan pada butang "add selected to cart" dan tekan "view cart".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email info kelas dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Telegram Channel Gerakan PhotoSunday untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Untuk makluman, akses kepada kelas rakaman adalah selama satu (1) bulan bermula dari tarikh pendaftaran.

Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN