Smartphone Video Shooting

Regular price RM70.00 MYR Sale price RM50.00 MYR Save RM20.00 MYR
/

Belajar penghasilan video yang baik menggunakan smartphone. Fahami bagaimana pencahayaan mempengaruhi video, kawalan audio, applikasi yang diperlukan dan juga pergerakan kamera untuk penghasilan video yang lebih baik. 

APA YANG AKAN DIPELAJARI

1. Pengenalan Videografi 

Fahami perbezaan videografi antara kamera dan smartphone. Apa kelebihan dan kekurangan menggunakan smartphone berbanding kamera biasa.

2. Teknik Kawalan Audio

Bahagian jarang diambil berat bile ambil video, kita akan belajar mendapatkan audio yang jelas, tiada noise dan peralatan yang digunakan untuk rakaman audio yang baik. Audio yang jelas sangat penting di dalam penghasilan video yang menarik

3. Pergerakan dan Sudut Kamera

Berbeza dengan kamera, video melibatkan pergerakan. Setiap pergerakan kamera memberikan emosi dan maksud yang berbeza di dalam rakaman. Selain pergerakan, sudut kamera juga memainkan peranan menghasilkan video yang lebih kreatif. Ketahui pergerakan dan sudut pandang yang sesuai untuk digunakan di dalam setiap shot.

4. Komposisi

Sama seperti foto, komposisi juga amat penting untuk menghasilkan video yang cantik. Antara komposisi yang akan di kongsikan seperti rule of third, leading line, framing dan pelbagai lagi teknik komposisi yang menarik

5. Praktikal

Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.


MATLAMAT KELAS
Selesai kelas ini anda akan mahir dengan teknik kawalan smartphone untuk penghasilan video dan audio yang baik. 


PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Smartphone
2. Clip Mic


MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah

2. Ada nota dan video Live bersama cikgu
3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan.
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.

PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS
1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out"
2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email dari Saiful Nang Academy
3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.
4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
5. Setelah berjaya masuk ke kelas Live, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan
6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Community Group untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.
7. Jika terlepas sesi kelas live, tidak mengapa jangan risau. Anda masih boleh menonton semula video rakaman kelas dalam tempoh 30 hari.
8. Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN 

TESTIMONIAL