10 'Gambar Biasa-Biasa' Milik Ibu Anak 3 Dibeli Orang Dari Seluruh Dunia Dalam US Dollar

Seronok bila dah tahu ada cara nak buat duit, dari koleksi gambar yang banyak dalam simpanan henfon / harddisk kita tu.

Musim nak raya ni, semakin banyaklah koleksi gambar kita nanti kan? Ibu anak 3 ni antara yang paling bahagia bila ada koleksi gambar yang banyak. Mana tidaknya, ada gambar yang dianggap 'biasa' dan bukan dalam kategori mahakarha (masterpiece) pun, ada yang membelinya. Macam gambar mercun pop-pop tu. Dah boleh buat koleksi gambar tema raya, untuk upload di website stock photo. Tak sekarang, di masa akan datang, ada sahaja yang nak membelinya.

Kalau orang lain, ada sahaja yang risau, koleksi gambar 'bertingkek-tingkek' banyak, tapi tak dapat nak dibuat apa. Itu, sebab dia BELUM TAHU apa sebenarnya yang boleh dibuat dengan koleksi gambar tu. Kita tunjukkan dulu contoh 'gambar biasa' yang orang dari seluruh dunia dah beli dari beliau ya.

Ini antara 10 (dari berpuluh-puluh) gambar beliau yang sudah terjual di website stock photo :

1. Gambar ikan belum dimasak 

2. Gambar sketch warna 

3. Gambar mercun 'pop-pop'

 

4. Gambar ikan siap disiang

5. Gambar Ikan 3 sekawan

6. Gambar buah betik siap dipotong

7. Gambar kotak set RTK

8. Gambar orang sedang ambil gambar

9. Gambar paip pecah

10. Gambar set cawan di bilik hotel

 

Nampak tak, gambar subjek biasa-biasa sahaja pun ada pembelinya. Bekas peserta kelas Fotowang juga rajin kongsikan tips dan kata-kata semangat kepada sahabat-shabat lain dalam support group di Telegram Gerakan PhotoSunday / Sahabat PhotoSunday. Kalau ada soalan, boleh sahaja ditanyakan dalam group selepas kelas dilalui. Ramai tak lokek ilmu di situ,selain cikgu-cikgu juga sedia membantu.

 

Selagi kita tak cuba, memang ada masa, susah nak percaya.Tapi yang utama, pastikan kita SUBMIT dahulu gambar-gambar tu dalam website stock photo. Pastikan juga diluluskan dahulu. Submit banyak-banyak gambar yang diluluskan, lebih banyak peluang gambar dibeli orang dari serata dunia.

Kalau orang nak beli, bila-bila masa dan dari mana pun mereka boleh beli. Penentu harga gambar, ditentukan pembeli, mengikut saiz yang dipilih dan disenaraikan dalam website stock photo. Tak apa kalau sekeping gambar dibeli orang pada harga USD 0.10 cent pun. Sikit-sikit, lama-lama dapat juga jadi sumber pendapatan pasif, walaupun semasa kita tidur,kan?

Lagi untung kalau sekeping gambar kita, dibeli orang pada harga tinggi dalam nilai US dollar. Belum kita tukarkan dalam nilai Ringgit Malaysia, lagi banyak jumlahnya! Macam contoh gambar ini, juga dari peserta yang sama seperti 10 gambar di atas.

 Apa tunggu lagi, Cikgu Syibli nak kongsikan tips TERBAIK dalam Kelas Fotowang selain Cikgu Harraz yang akan ajarkan kemahiran shoot / edit foto umum / lanskap guna smartphone seperti dijadualkan :

SABTU | 12 FEBRUARI 2022
9.00am - 12.00pm Smartphone Photography
2.00pm - 5.00pm Smartphone Photo Editing
AHAD | 13 FEBRUARI 2022
9.00am - 12.00pm Smartphone Landscape Photography
10.00am - 11.00am (Sesi Live Q&A) Fotowang

 

Kelas online secara RAKAMAN dan ditambah dengan SESI LIVE Q&A (1 jam) seperti dalam jadual. Akses akan diberikan selama 1 bulan (30 hari) untuk ulangtonton rakaman video, bagi memudahkan pembelajaran dan pemahaman.
.
Nak LEBIH JIMAT, daftar PAKEJ LENGKAP FOTOGRAFI dan belajar 4 kemahiran shoot / edit foto umum / lanskap guna smartphone dan belajar jual koleksi foto dalam website stock photo.
Jangan pening-pening kepala, 'ubat'nya ada dalam kelas-kelas.
Terus tekan gambar-gambar untuk pendaftaran dan mula jana pendapatan secara pasif melalui jualan koleksi foto yang memberatkan memory card dan harddisk kita tu.    

Related Posts

3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More

Filter
10 'Gambar Biasa-Biasa' Milik Ibu Anak 3 Dibeli Orang Dari Seluruh Dunia Dalam US Dollar
10 'Gambar Biasa-Biasa' Milik Ibu Anak 3 Dibeli Orang Dari Seluruh Dunia Dalam US Dollar