4 Teknik Pencahayaan Terbaik Untuk Peniaga Makanan Ambil Gambar Makanan Guna Smartphone

Copywriting dah best, CTA dah letak tapi letak gambar tak padu. Sebelum ni tangkap gambar asal boleh je, pakai lampu dapur tak pun susun je dalam pinggan lepas tu snap terus. Tak tahu macam mana nak cantikkan gambar makanan kita. Edit sikit-sikit pun tak reti. Jom baca macam mana caranya gunakan cahaya tepi tingkap je pun boleh buat orang terliur tengok gambar kita. Tak susah mana pun.

Kena ingat tau salah satu elemen penting dalam fotografi adalah lighting. Kalau nak ambil gambar landscape atau gambar portrait kena tahu masa yang betul nak dapatkan lighting yang cantik. Sama juga untuk makanan, dengan pencahayaan yang betul gambar makanan kita boleh nampak menyelerakan dan sekali tengok terus boleh buat orang terliur.

Tak perlu setting professional, guna smartphone dekat tangan tu jer. Nak tahu macam mana, jom baca sampai habis.

1) GUNAKAN NATURAL LIGHTING

Pencahayaan disini dimaksudkan dengan natural lighting atau sunlight. Sumber cahaya yang biasanya dekat tingkap rumah kita. Tak payah susah-susah nak guna lampu studio mahal-mahal, just buka tingkap , letakkan makanan dan hias (food styling) sikit lepas tu keluarkan henfon dan boleh terus snap.

Tulis caption sikit dah boleh terus post dalam group kejiranan dan social media kita. Nak guna utk buat ads pun boleh.

2) GUNAKAN REFLECTOR

Reflector yang mudah kita dapatkan adalah kertas putih atau aluminium foil. Tujuan reflector ini untuk biaskan cahaya kepada makanan kita untuk kurangkan shadow dan menaikkan lagi warna makanan kita. Tak lah makanan kita nampak dull je. Macam dalam gambar ni nampak tak mcm ada certain area di buah oren ni nampak shining (berkilat), itu lah fungsinya kita guna reflector.


Letakkan reflector kita bertentangan dengan bahagian yang ada shadow. Kita boleh nampak nanti bahagian yang ada shadow akan lebih bercahaya dan kurang bayang-bayangnya.

Masih ramai yang tahu trick mudah ni. Boleh cuba dan lihat hasilnya nanti. Practice makes perfect 💪🏼

3) JANGAN GUNA LAMPU KALIMANTANG

Satu pantang besar bila nak ambil gambar makanan, jangan gunakan lampu kalimantang. Nanti gambar makanan kita akan jadi flat, tak ada texture dan tak nampak menyelerakan.

Rugi kalau makanan kita dah cantik dan nampak sedap pada pandangan mata, tapi silap teknik ambil gambar, tak nampak sedap.

4) JANGAN GUNA PROPS & CUTLERY YANG BERKILAU

Sebab apa? Sebab kita tak nak dalam gambar nanti ada nampak kilau-kilau hasil dari flash camera atau pun biasan cahaya matahari. Tak cantik gambar tu nanti.

Secondly, sbb kita tak nak focus viewers tu tertancap pada cutlery sedangkan watak utama dalam gambar tersebut ialah makanan. Boleh faham ya?

Dah guna kesemua 4 tips ini, jangan pula edit berlebihan. Gambar makanan yang diedit berlebihan, akan nampak tak 'natural'. Boleh jadi akan nampak tak menggamit selera juga nanti. Warna hijau sayur segar, tidak terlalu hijau sampai jadi macam disimbah lampu neon pula. Jelek jadinya. 


Tahu tips, tapi tak digunakan pun tak bawa ke mana, kan? Kalau tambah sikit dengan ilmu dari Pakej Usahawan Makanan, yang berniaga sepanjang Ramadhan ini pasti boleh menambahkan jualan dengan penghasilan gambar-gambar makanan lebih menarik di mata pelanggan.

Kelas Smartphone Food Photography

SABTU | 16 APRIL 2022
9.00am - 12.00pm Food Photography
Tekan je gambar-gambar dikongsikan untuk daftar pakej yang LEBIH MENJIMATKAN. Jom tambah pendapatan, guna gambar makanan kita shoot dan edit sendiri guna HP yang ada! Semoga bermanfaat!  

  


Related Posts

Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Gambar oleh Ugur Akdemir Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotogr...
Read More
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Bagi penggemar fotografi di luar sana, pasti sudah faham dengan terma digital noise. Ia adalah salah satu perkara yan...
Read More

Filter
4 Teknik Pencahayaan Terbaik Untuk Peniaga Makanan Ambil Gambar Makanan Guna Smartphone
4 Teknik Pencahayaan Terbaik Untuk Peniaga Makanan Ambil Gambar Makanan Guna Smartphone