Hanya Sekadar Hobi, Tak Sangka Gambar Jadi Pilihan Syarikat Apple

Ini kisah seorang pemuda berusia 20 tahun dari Kuantan, Pahang yang mana bukan 1, malah 3 foto yang diambilnya menjadi pilihan Apple untuk disiarkan di laman Instagram syarikat teknologi gergasi itu.

 

Tak sangka kan? Pemuda ini bukan seorang photographer professional pun. Beliau cuma ambil gambar sebagai hobi. Dek kerana minat terhadap fotografi, beliau selalu bangun seawal 6.15 pagi untuk mengambil gambar. Dengan berbekalkan sebuah iphone 11 pro di tangan, beliau tak sangka foto yang diambil menjadi pilihan kepada syarikat Apple.

Gambar pertama beliau merupakan gambaran kepada sebuah roket dengan menggunakan latar belakang awan dan hanya sebuah botol sebagai prop. Manakala gambar kedua pula, beliau menunjukkan seolah-olah ingin membengkokkan sebatang pokok kelapa dengan menggunakan jari. Dan gambar yang ketiga adalah gambar bulan sabit yang kelihatan seperti kuku yang telah dipotong.

Siapa kata tak boleh ambil gambar yang cantik dan berkualiti dengan smartphone. Nuaim dah buktikan pada kita, ambil gambar dengan smartphone je pun dah boleh menarik perhatian syarikat gergasi. Dengan teknik dan pencahayaan yang betul kita pun boleh hasilkan gambar yang cantik dengan smartphone kita. Nuaim sendiri memilih waktu pagi untuk mengambil gambar kerana menurutnya cahaya pada waktu pagi menjadikan gambar lebih cantik dan menarik.

Dengan teknologi kamera yang canggih di smartphone sekarang, rugi rasanya kalau kita tak gunakan sebaiknya. Hanya dengan menggunakan kamera smartphone, macam-macam moment menarik boleh kita simpan sebagai kenangan. Contohnya macam gambar anak-anak, gambar pergi melancong, gambar makan apa hari ini dan sebagainya.

Asah kreativiti photography menggunakan smartphone di kelas Smartphone Photography dan Smartphone Editing. Boleh jana pendapatan lagi dengan foto yang diambil. Taklah terasa rugi guna smartphone yang canggih tu. 

Klik gambar di bawah untuk memlih pakej  yang berkenan di hati.


Related Posts

Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Gambar oleh Ugur Akdemir Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotogr...
Read More
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Bagi penggemar fotografi di luar sana, pasti sudah faham dengan terma digital noise. Ia adalah salah satu perkara yan...
Read More

Filter
Hanya Sekadar Hobi, Tak Sangka Gambar Jadi Pilihan Syarikat Apple
Hanya Sekadar Hobi, Tak Sangka Gambar Jadi Pilihan Syarikat Apple