Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula

Gambar oleh Ugur Akdemir

Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotografi di luar sana, anda mungkin tertanya-tanya apa itu bokeh atau anda sudah faham dengan maksud bokeh, tetapi masih belum dapat hasilkan gambar dengan bokeh yang menawan. Di sini saya akan cuba terangkan teknik bokeh secara ringkas dan bagaimana anda boleh aplikasikannya dalam gambar-gambar akan datang.

Apa Maksud Perkataan “Bokeh”?

Perkataan bokeh berasal dari bahasa Jepun boke (ボケ), yang bermaksud kabur (blur). Cara sebutannya adalah BOH-Kei. Antara padanan yang selalu disebut bersama bokeh adalah smooth, incredible, superb, good, beautiful, sweet, silky dan excellent. Tapi apakah maksud sebenarnya?

Apa itu Bokeh?

Bokeh didefinasikan sebagai kesan kabur yang halus pada latar belakang gambar. Kesan ini berlaku apabila kamera fokus pada subjek, lalu menjadikan latar belakang nampak kabur. Kesan bokeh ini menjadi kegemaran jurugambar dan dianggap sebagai elemen yang mencantikkan lagi foto. Namun begitu, kesan bokeh ini tidak berlaku setiap masa. Faktor seperti lens, aperture, focal length dan jarak mempengaruhi kesan bokeh.

Gambar oleh Buhai Alexandru Constantin

Aperture Yang Disarankan Untuk Bokeh

Untuk dapatkan kesan bokeh yang menawan, anda perlukan lens yang mempunyai bukaan aperture sekurang-kurangnya f/2.8, tetapi jika bukaan sehingga f/2, 1.8 atau 1.4 adalah lebih baik. Kebiasaannya, info ini sudah tertulis pada badan lens itu sendiri, contohnya “AF-S NIKKOR 50mm f/1.8G”. Selain itu, kelebihan lens dengan nombor aperture yang rendah adalah ia mampu beroperasi di tempat yang malap. Hal ini kerana bukaan aperture yang luas memberikan lebih banyak ruang untuk cahaya masuk. Lebih rendah nombor aperture bermaksud lebih luas bukaannya.

Gambar diambil dengan iPhone 11 Pro (Portrait Mode) oleh Alin Surdu

Teknologi Bokeh Pada Smartphone

Kecanggihan teknologi smartphone pada hari ini telah mampu menghasilkan gambar dengan bokeh atau biasa digelar “Portrait Mode”. Tetapi, jangan keliru, Portrait Mode tersebut hanyalah kesan kabur buatan, bukannya asli seperti yang dihasilkan DSLR. Sistem pada smartphone sudah cukup bijak untuk membezakan latar belakang dan subjek, lalu menambah kesan kabur palsu pada latar belakang. Disebabkan itulah gambar Portrait Mode tidak selalunya sempurna dan nampak sedikit pelik. Namun, jika anda tahu menggunakannya dengan betul, anda boleh dapatkan foto mirip DSLR.

Lens Terbaik Untuk Bokeh

Sudah semestinya lens dengan aperture f/2.8 kebawah adalah paling bagus untuk nampakkan bokeh. Tetapi jika anda tiada lens seperti ini, jangan risau, anda masih boleh menghasilkan bokeh dengan zoom in sepenuhnya atau anda boleh tingkatkan lagi jarak antara latar belakang dengan subjek. Semakin jauh jarak subjek dengan latar belakang, semakin tinggi kesan kabur.

Gambar oleh James Bold

Setting Kamera Untuk Bokeh

Anda disarankan untuk menggunakan mode Aperture Priority atau Manual. Mode Manual beri kebebasan untuk anda kawal aperture dan shutter speed, manakala mode Aperture Priority membolehkan anda untuk mengawal bukaan aperture sahaja, sementara sistem akan mengawal shutter speed secara automatik.

Gambar oleh Maksym Zakharyak

Gambar oleh Elizeu Dias

Bokeh Untuk Potret

Gambar yang paling banyak menggunakan bokeh adalah potret. Selain itu, foto close-up atau macro pada subjek seperti bunga dan serangga juga banyak menghasilkan bokeh. Dengan mengaplikasikan teknik ini, anda boleh menutup latar belakang yang tidak berapa cantik atau mengganggu, sekali gus memberi highlight kepada subjek anda. Walau bagaimanapun, bokeh bukanlah teknik yang wajib digunakan setiap kali mengambil gambar. Adakalanya kita tidak memerlukan bokeh, contohnya gambar landscape atau gambar ketika bercuti ke tempat yang cantik.

Gambar oleh Simon English

 Nak tahunlebih lanjut tentang fotografi, jom kami ajar lebih lanjut dalam kelas SMARTPHONE PHOTOGRAPHY. Kelas ONLINE sahaja dan sangat berbaloi untuk join. Ramai yang dah join kelas ni dan dapat hasil gambar yang cantik. Anda bila lagi? Klik sahaja ADD SELECTED TO CART di bawah.


Related Posts

Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone
Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone
Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Nak makan, order. Nak masuk kelas, daftar sahaja online. Nak ambil gambar, gu...
Read More
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
Satu yang menyeronokkan bila dapat berguru secara berdepan / bersemuka, kita boleh tanya terus soalan-soalan dekat Ci...
Read More
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Bar...
Read More

Filter
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula