10 Idea Kenalkan Perniagaan Secara Online Menggunakan Google Business

BACA SAMPAI HABIS KALAU NAK GRAB HARGA RM 150 UNTUK 6 KELAS BISNES YANG KAMI TAWARKAN. JIMAT RM 420 YER SEMPENA PKP NI.

SEKIRANYA anda mempunyai Profil Perniagaan di Google, anda mungkin tahu bahawa ia membantu pelanggan mencari maklumat perniagaan anda di Carian dan Peta Google. Tetapi tahukah anda bahawa Profil Perniagaan anda juga merupakan tempat yang bagus untuk berkongsi berita mengenai perniagaan anda di Carian dan juga Peta Google ketika pelanggan mencari maklumat dalam talian?

Artikel ini akan mengajar anda cara untuk menyebarkan berita kepada pelanggan dengan siaran yang dibuat daripada kandungan yang jelas dan juga gambar atau video yang menarik perhatian untuk dipaparkan di Profil Perniagaan anda. Anda boleh menggunakan siaran untuk berkongsi pengumuman, tawaran, produk atau perkhidmatan baru atau popular, dan maklumat acara.

Idea untuk siaran di Profil Perniagaan anda

Sekiranya anda baru menggunakan siaran, ia mungkin kelihatan sukar untuk menentukan apa yang harus disampaikan. Berikut adalah 10 idea siaran yang boleh anda gunakan sebagai inspirasi.

1. Hebahkan acara yang akan datang, seperti Bufet Istimewa setiap Ahad di restoran anda.

2. Kongsi tawaran istimewa seperti diskaun 20% atau tawaran 2-untuk-1. Hasil tinjauan pasaran menunjukkan 50% pelanggan mencari promosi atau diskaun ketika mencari perniagaan dalam talian1.

3. Promosikan produk baru, seperti koleksi bag atau pakaian keluaran terkini.

4. Raikan musim cuti dengan pelanggan anda.

5. Kongsi berita tentang perniagaan anda. Dengan semua yang berlaku sekarang, pelanggan mencari ketenangan semasa mereka berbelanja. Beritahu mereka tentang protokol keselamatan COVID-19 yang telah anda buat.

6. Kongsikan testimoni. Anda boleh mengatakan, "Kami suka mendengar dari pelanggan seperti Amir yang mengatakan ‘rendang cendawan anda adalah yang terbaik di Kajang’."

7. Menampilkan produk atau perkhidmatan, seperti baju kurung berkolar tinggi atau urutan batu panas selama 90 minit.

8. Raikan kejayaan perniagaan, seperti menghantar pesanan ke-500 anda, meraikan tahun kedua anda dalam perniagaan, atau membuka kedai kedua anda.

9. Tunjukkan keperibadian. Anda boleh berkongsi maskot syarikat anda, atau menyiarkan gambar kakitangan anda yang meraikan hari baju batik di pejabat.

10. Tunjukkan penghargaan kepada pelanggan anda dengan mengucapkan terima kasih kerana menyokong anda.

PENGUMUMAN : AMBIL 6 KELAS BISNES PADA HARGA RM 150. TEKAN GAMBAR DI BAWAH KALAU NAK JIMAT RM 420. OFFER SEMPENA PKP.

Amalan terbaik untuk siaran

Sebaik sahaja anda menulis siaran anda, berikut adalah lima petua untuk meningkatkan keterlihatannya:

1. Tambahkan foto atau video untuk menarik perhatian pelanggan. Pastikan gambar dalam fokus, terang, dan dibingkai dengan baik.

2. Buat tajuk utama atau hantar teks dengan perincian yang perlu diketahui, seperti "Pesta Ramadan - Bufet Iftar" atau "Anak-anak makan percuma pada hujung minggu" untuk menarik perhatian.

3. Kekalkan keringkasan siaran. Sertakan hanya butiran yang diperlukan, seperti "dapatkan RM10 dari pesanan pertama anda" atau "nikmati semperit terkenal kami".

4. Tambahkan butang seruan tindakan (CTA), seperti “Tempah Sekarang”, atau “Tinggalkan ulasan” untuk membantu pelanggan mengetahui apa yang perlu dilakukan seterusnya.

5. Kongsi siaran secara kerap untuk memastikan maklumat anda sentiasa segar.

Mahukan lebih banyak inspirasi? Lihat contoh siaran di pusat bantuan Google My Business.

Pelanggan anda ingin mendengar daripada anda

Anda mempunyai beberapa perkara hebat untuk dikongsi dengan pelanggan anda - dari acara hingga tawaran hingga kejayaan perniagaan anda - dan banyak lagi. Dengan siaran, anda dapat mempamerkan lebih banyak maklumat tentang perniagaan anda di Profil Perniagaan anda. Anda boleh berkongsi perkara baru dalam perniagaan anda dan apa yang menjadikan perniagaan anda istimewa. Dan apa sahaja yang anda lakukan, teruskan membuat siaran. Membuat siaran menjadi lebih semula jadi apabila anda menulis dan ia akan membantu anda menonjol.

Sumber: Astro Awani

PENGUMUMAN : AMBIL 6 KELAS BISNES PADA HARGA RM 150. TEKAN GAMBAR DI BAWAH KALAU NAK JIMAT RM 420. OFFER SEMPENA PKP.


Related Posts

7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Baru-baru ini, tular di socmed gara-gara sekeping gambar screenshot peniaga online yang menjawab mesej WhatsApp bakal...
Read More
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
Tak perlu tulis berjela kalau tahu cara MUDAH nak 'pancing poket' pelanggan / bakal pelanggan. Kena caranya, terus ja...
Read More

Filter
10 Idea Kenalkan Perniagaan Secara Online Menggunakan Google Business - Saiful Nang Academy
10 Idea Kenalkan Perniagaan Secara Online Menggunakan Google Business - Saiful Nang Academy