Mengenai Kami

PROFILE PENGASAS
Saiful Nang merupakan pengasas Candidsyndrome pada tahun 2004 yang kemudian telah diperbadankan pada tahun 2006 di bawah Akta Syarikat 1965. Saiful Nang mendapat pendidikan awal di English College Johor Bahru dalam bidang sains tulen. Pada tahun 2000, beliau telah mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang media di Universiti Multimedia dalam jurusan Perfileman. Beliau kemudian dianugerahkan gelaran Sarjana oleh organisasi profesional dalam fotografi yang berpusat di Birmingham, England (MPA) setelah berjaya mengagumkan penilai di sebuah pameran pane yang bertempat di Singapura pada tahun 2009

Saiful Nang merupakan salah seorang jurugambar yang terkenal setelah mencetuskan fenomena dalam industri fotografi di Malaysia. Beliau aktif dalam aktiviti-aktiviti yang menaikkan status seni fotografi di Malaysia. Atas tiket fotografi dan pembikinan filem, Saiful Nang sudah menjejalah ke seluruh dunia dan Candidsyndrome mempunyai senarai pelanggan dari Australia, Jepun, Brunei, UK, USA dan juga Eropah. Kini, jenama Candidsyndrome telah melahirkan Candidsyndrome Brunei, Jakarta & Stockholm

Saiful Nang sendiri adalah seorang artis dan merupakan CEO Colours of Asia Sdn Bhd. Menjadi Majikan kepada lebih 30 orang pekerja di seluruh dunia, memang tidak mudah kerana pada masa yang sama beliau juga merupakan salah seorang pengasas Rumah Pengasih Warha Prihatin (RPWP) iaitu rumah perlindungan untuk asnaf, warga tua, orang kelainan upaya dan juga anak-anak yatim. Kerana itu, beliau turut tersenarai sebagai salah seorang personaliti "TOP 10 OF MALAYSIA YOUNG & SUCESSFUL " pada tahun 2011

Beliau juga telah terpilih sebagai pemenang bagi anugerah belia berprestij di Asia iaitu "Asian Youth Ambassador Award 2010". Selain itu beliau juga telah merangkul banyak anugerah fotografi dan perfileman.

Atas sifat dermawan, beliau telah merekrut staff dari RPWP sebagai pekerja. Dengan latihan yang diberikan, pekerja syarikat berjaya memberikan kualiti kerja yang baik dalam kalangan asnaf dan bekas penagih dadah bersama pekerja yang sedia ada. Pada tahun 2005, Saiful Nang memulakan visi beliau untuk membuka sebuah institusi pendidikan yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 yang bernama Saiful Nang Academy. 

Saiful Nang juga telah dilantik menjadi ahli pengarah PADU Care, (Fund for Medical Healing Support) bersama Tan Sri Dato Anie Aripe, Datuk Roslani Abd Majid dan Tan Sri Mustafa Mansor, menjadikan beliau individu termuda dilantik memegang jawatan tertinggi dalam organisasi ini.

Berdasarkan sumbangan beliau dalam dunia seni visual, beliau telah dilantik sebagai salah seorang ahli panel bagi Projek K-Perak dan juga panel penilai untuk National Photography Skill Curriculum anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (sebelum ini dikenali sebagai MLVK). Dengan kepimpinan Saiful Nang di dalam syarikat dan pengalaman yang luas di dalam industri, kami yakin setiap pelanggan kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan kerana kerja yang dilakukan seikhlas hati pasti akan menyentuh hati orang lain. 

SAIFUL NANG ACADEMY

Saiful Nang Academy Sdn Bhd telah bertapak sejak tahun 2007, sebagai unit latihan dibawah sebuah syarikat media kreatif yang berjaya iaitu Colours of Asia Sdn Bhd. Akademi ini menawarkan latihan dan kursus pendek dalam bidang fotografi, videografi, perniagaan, pemasaran media sosial untuk pelbagai agensi swasta, persendirian dan juga badan kerajaan

 Pada tahun 2012, Saiful Nang Academy telah didaftar dibawah Akta Syarikat 1965 bersama SSM. Pada tahun 2013, Saiful Nang Academy telah diakreditasi oleh Jabatan Pembangunan Kemajiran (JPK) sebagai salah satu "Pusat Bertauliah" dan merupakan akademi pertama menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia aras 3 didalam bidang Fotografi ketika itu.

Selain dari bengkel bersama jabatan kerajaan, Saiful Nang Academy juga aktif menjalankan kursus mingguan, online dan sehingga kini telah mencecah 700 kelas.

 

SAIFUL NANG ACADEMY SDN BHD (1019127-T)

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM Lot 79979 Jalan Abim Kg Sg Ramal Dalam 43000 Kajang Selangor

  • Date of Incorporation    2 October 2012
  • Registration Number.    1019127-T
  • Paid-up Capital.            RM100,000.00
  • Directors.                      Saiful Nang (CEO), Syibli Fakih (Director)
  • Shareholders.               RPWP Holdings Sdn Bhd 100%
  • Type of Ownership.      Sdn Bhd
  • Contact.                       013 249 5462 / 010 222 9089 

 

 

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.