10 Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang iMac 2021

Selalunya iMac keluar dengan warna putih atau silver. Namun kali ini ada kelainannya. Setelah bertahun menunggu, akhirnya Apple memperkenalkan kepada dunia satu rekabentuk baru iMac yang dramatik.

10 perkara yang perlu diketahui tentang iMac 2021 ini: 

1. Dramatiknya pada warna iMac itu sendiri yang menarik perhatian dan moden. Didatangkan dengan 7 warna yang vibrant.

 

2. Ditambah pula dengan rekabentuknya yang nipis, hanya 11.5mm, menarik minat semua penggemarnya. Dan berat iMac ini kurang daripada 4.5kg sahaja. Betul-betul ringan ni.

 

 

3. Rekabentuk yang kompak ini dibantu dengan chip pemprosesan, M1. M1 menggabungkan processor, graphics, memory, and lebih lagi dalam 1 chip ini. Ini menjadikan komputer ini sangat praktikal.


4. Power connector bermagnet yang mudah digunakan. Didatangkan dengan warna yang sepadan dengan iMac.

5. Menggunakan 4.5K Retina display, menjadikan gambar di skrin lebih details dan jelas. Dan True Tone Tecnology akan melaraskan warna secara automatik mengikut cahaya di sekitarnya, memberi pemandangan yang semulajadi. Jadi aktiviti mengedit foto, kerja-kerja untuk presentations atau menonton program atau movie kegemaran, semuanya nampak wow di iMac.

 

6. Sistem kamera terbaik untuk iMac setakat ini. Sesuai untuk video call kerana mempunyai sensor yang boleh "menangkap" lebih banyak cahaya.

7. Studio quality mic memberikan keselesaan semasa perbincangan berlangsung atau bervideo call bersama rakan-rakan. Dan beamforming technology membantu untuk memadamkan noise disekitarnya yang mana semua orang dengar apa yang kita cakap bukan bunyi bising sekitarnya.

8. Untuk speaker pula, didatangkan dengan six speaker sound system. Memang akan memenuhi ruangan. Sesuai untuk movies, music dan lebih lagi.


9. Menambah tarikan iMac ini adalah lebih banyak apps boleh digunapakai. Dengan hanya search dan download di Mac App Store.


10. Gandingan iMac dan iPhone memberikan yang terbaik pada skrin yang besar dan cantik. iPhone membolehkan anda mengakses apa yang perlukan dari iMac di mana sahaja. Dan apabila digunakan bersama, keduanya berfungsi seperti magis.

Image: iMac

Ada imac terbaru pun kalau tak tahu edit video (atau apa yg kita nak jual) pun tak guna, kan?


Related Posts

10 Website Sedeqah Gambar Percuma Untuk Designer dan Peminat Foto Cantik
10 Website Sedeqah Gambar Percuma Untuk Designer dan Peminat Foto Cantik
Designers untung banyak tak perlu keluarkan duit nak guna gambar cantik secara percuma. .Ada masa, kita TAK BANYAK MA...
Read More
Karakter Unik Khaby Lame Mampu Raih 100 Juta Subscribers Di Tik Tok
Karakter Unik Khaby Lame Mampu Raih 100 Juta Subscribers Di Tik Tok
Karakter istimewanya serta ekspresi dan humornya yang unik menjadikannya seorang yang sangat dikenali masa kini. Dia ...
Read More
Bagaimana Facebook Ads Buat Jualan RM100 Jadi RM20K Sehari Untuk Peniaga Warung
Bagaimana Facebook Ads Buat Jualan RM100 Jadi RM20K Sehari Untuk Peniaga Warung
Saya berniaga di kawasan taman dan daerah saya je, perlu ke Facebook Ads? PERLU, kenapa? Wajib baca kepada semua home...
Read More

Filter
10 Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang iMac 2021 - Saiful Nang Academy
10 Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang iMac 2021 - Saiful Nang Academy