4 Perkara Peniaga Online Wajib Tahu Sebelum Mengiklan di Facebook Semasa PKP

Semua peniaga online wajib tahu 4 perkara ni sebelum mengiklan di Facebook.
Semua yang akan kami kongsikan di sini juga merupakan salah satu faktor untuk mengurangkan kos iklan kita. Lagi-lagi semasa PKP. Kenapa? Orang lebih ramai habiskan masa browsing banyak perkara secara online, semasa PKP.
Nak buat iklan boleh, nak spend duit kat iklan pun boleh tapi perlulah dibuat dengan ilmu. Boleh sambung baca sampai habis, ada ke antara point-point ni yang kita tak tahu pun sebenarnya penting?


1. LOKASI

Dimana lokasi pelanggan kita ? Jika kita menjual handbag berjenama dengan harga yang premium, jangan buat iklan ke kawasan kampung. Hantar iklan kita ke kawasan bandar, seperti Bangsar, Damansara dan seumpamanya. Bukan nak kata orang yang di kampung tidak berduit, tapi peluang lebih tinggi jika kita sasarkan ke kawasan yang lebih elit. Orang kampung tak pakai handbag LV pergi lepak warung. Malah, dengan FB ads kita juga boleh menghantar iklan kita sehingga ke US, German, Jepun selagi mana produk kita ada permintaan di sana.


2. UMUR

Berapa umur para pelanggan dan follower kita ? Produk kita untuk mereka yang berusia berapa tahun? Nampak remeh tetapi kita perlu faham keperluan setiap manusia tidak sama pada setiap peringkat umur.
Umur awal 30an banyak membeli produk keluarga dan anak-anak kecil.

Umur awal 20 an banyak membeli barangan peribadi, hipster dan up to trend.

Umur 50an utk produk pelancongan, high end item kerana pada waktu ini kebanyakkan sudah lepas tanggungan anak anak dan mempunyai kewangan yang kukuh.


3. JANTINA


Ini pun salah satu perkara remeh yang tak ramai mahu ambil berat. Contoh pakej fotografi perkahwinan, memang kedua-dua bahagian, lelaki dan perempuan akan mencari jurufoto perkahwinan

Tetapi bab pemilihan jurufoto ini, siapa yang lebih dominan? Jawapannya adalah wanita kerana biasanya kaum ini lah yang akan membuat keputusan jurufoto mana dia nak ambil.

Kerana itu jika kita membuat pengiklanan pakej fotografi perkahwinan, iklan kita patut dihantar ke kaum hawa.
Kita juga boleh 'pin' bisnes kita di Google tau. Best sangat bila orang browse produk orang lain, tapi dia jumpa produk kita dan BELI DARI KITA. Tekan gambar di bawah untuk info lanjut.


4. MINAT


Kita perlu fahami dimana minat para pelanggan kita. Contoh, jika kita menjual tudung labuh, siapa ikon/selebriti yang pemakai tudung labuh ini minati, station TV mana yang mereka minati

Pastinya ikon seperti Ustaz Ebit Lew, TV AlHijrah dan setara dengannya. Jadi ketika kita membuat FB Ads pastikan kita letak minat mereka pada FB Ads kita. Maka sesiapa sahaja yang meminati TV Al Hijrah, maka mereka akan melihat iklan tudung labuh ini. Jelas? 

Jika dalam hati kita ada rasa nak rancakkan lagi sales perniagaan online, kami nak kongsikan dengan lebih tersusun, siap dengan latihan di dalam kelas. Kelas MAMPU BELAJAR untuk semua peniaga online dan peniaga offline yang baru nak beralih ke online.
.
Boleh click pada gambar di bawah utuk baca details kelas Iklan Facebook Impak Tinggi. 



Jika nak belajar dan lebih faham bagaimana Instagram business dan Instagram ads berfungsi, bolek click pada gambar di bawah. 
Kalau nak belajar cara Create Content yang berkualiti dan teknikal :
- Facebook/Instagram Ads,
- manfaatkan WhatsApp Business sampai semua mesej masuk betukar jadi sales,
- mahir menulis copywriting, orang baca headline terus baca sampai habis,
- guna Google Business nak beri lebih meluas sebaran iklan kita di enjin pencarian paling besar di dunia,
tekan gambar di bawah untuk info lanjut:



Filter
4 Perkara Peniaga Online Wajib Tahu Sebelum Mengiklan di Facebook Semasa PKP - Saiful Nang Academy
4 Perkara Peniaga Online Wajib Tahu Sebelum Mengiklan di Facebook Semasa PKP - Saiful Nang Academy