5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram

2 bulan berturut-turut kelas bisnes online kami dihadiri oleh agent Thermomix untuk upgrade ilmu menjual mereka. Jadi kami nak kongsikan di sini beberapa kesilapan yang sering agent Thermomix buat ketika mengiklan di Facebook dan Instagram.

Baca sampai habis yer.

Photo credit: Instagram Thermomix Malaysia


1. CERITA SEMUA USP DALAM SATU COPYWRITING

Ini yang selalu kami lihat di Facebook. Kalau Thermomix tu ada 10 USP, semua USP tu kita nak cerita dalam 1 posting.

Tak payah! Tak ada orang nak baca tulisan fakta kita panjang berjela mcm baca buku. Cukup cerita 1-2 USP sahaja dalam 1 posting. Penulisan panjang tak semestinya penulisan kita itu bagus.

Untuk permulaan, penulisan kita itu keep it short and simple.

2. SALAH TARGET MARKET

Sebelum menulis, kita fikir semula target market kita siapa?
Golongan apa?
Kerja apa?
Siapa yg lebih dominant buat keputusan dalam membeli?

Kami berikan contoh mudah di sini: Nak menjual Thermomix, kebanyakan isteri akan dapatkan dulu persetujuan suami untuk membeli. Jadi dalam copywriting kita, kita ceritalah benefit yang suami boleh dapat jika isteri mereka beli produk tu. Tapi penulisan itu mestilah lebih fokus kpd si isteri.

Jelas tak?

3. TERLALU FOKUS KEPADA HARGA

Jual produk harga RM7k dengan produk harga RM50 berbeza seni menjualnya. Seni menjual nanti kami akan explain in details dalam kelas hujung minggu ni.

Kita bila mengiklan, jangan fokus kepada harga dalam copywriting, tetapi fokus kepada BENEFIT yang client akan dapat bila mereka guna produk tu. Cerita benefit akan beri lebih impak kepada pembaca daripada cerita mengenai harga.

4. TIADA CONTENT BERGAMBAR/VIDEO

Ni paling bosan. Kita rajinkan sikit buat content bergambar dan video. Tak susah pun, sambil kita masak untuk keluarga guna Thermomix tu boleh la kita buat video dan ambil gambar cantik-cantik untuk dijadikan content.

Dari content, ia akan bina kepercayaan antara potential client dengan kita dan produk kita. Bila dah bina kepercayaan, baru lah orang berani nak labur RM7K mereka kat kita. 

5. TERLALU HARDSELL

Jangan nampak terlalu menjual ketika kita sedang menjual.

Itu namanya hardsell. Dalam pengiklanan, hardsell itu perlu tapi perlu SEIRING dgn softsell (content video dan gambar).

Posting kita banyak sangat hardsell pun orang menyampah. Kita mesti tak nak potential client kita lari kan bila kita baru nak buka mulut cerita pasal Thermomix.

Ada banyak cara nak berniaga dan tak buat potential client lari berjemaah dari kita. Jomlah belajar lebih banyak lagi tips copywriting, cara lock sales, cara bina kepercayaan dan banyaaak lagi ilmu PENTING DAN PRAKTIKAL dalam bisnes dengan kami pada hujung minggu ni.

SABTU | 22 JANUARI 2022
9.00am - 12.00pm Copywriting Membelah Langit
2.00pm - 5.00pm Whatsapp Lock
AHAD | 23 JANUARI 2022
9.00am - 12.00pm Poster Iklan FB Guna Smartphone (Poster Mudah Smartphone)


PERCUMA: FB Ads (rakaman - boleh ditonton anytime dalam masa 1 bulan bermula dari tarikh daftar)

Dah ramai yg masuk kelas kami dan belajar bagaimana nak menjual dengan lebih baik dan KOS RENDAH. Jadi jangan terlepas kita jumpa hujung bulan Januari 2022 ni! Jom pastikan TAHUN 2022, BISNES KITA SEMAKIN KENCANG dengan tambahan ilmu bisnes ini. Klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" di bawah untuk mendaftar.


Related Posts

7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Baru-baru ini, tular di socmed gara-gara sekeping gambar screenshot peniaga online yang menjawab mesej WhatsApp bakal...
Read More
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
Tak perlu tulis berjela kalau tahu cara MUDAH nak 'pancing poket' pelanggan / bakal pelanggan. Kena caranya, terus ja...
Read More

Filter
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram