Adakah Sistem Dropship dan Agent Boleh Bertahan untuk Jangka Masa Panjang?
"Trend Jualan secara Agen dan dropship merupakan satu kaedah digunapakai ramai peniaga sekarang. Pada pendapat Tuan sejauh manakah keberkesanan jualan secara dropship dan agen jika dibandingkan dengan jualan terus di kedai atau pasaraya untuk jangka masa panjang"
Soalan yang baik
Pertama sekali perlu kita fahami kedua-dua nya mempunyai kelebihan tersendiri. Persoalan dari segi keberkesanan jangka masa panjang mana yang lebih baik ?
Apa yang saya boleh beritahu, kedua-duanya boleh bertahan jangka masa panjang dengan syarat kita mampu untuk mengekalkan supply & demand.
Beza nya sistem agen & dropship berbanding jualan terus, sistem pemasaran dan penjualan adalah manusia, maka founder perlu faham sifat manusia itu bagaimana, risiko pengurusan manusia itu bagaimana. Perlu bersedia kes dropship, agent yang bagus akhirnya buat produk sendiri, bawa lari customer atau berhijrah ke produk lain menyebabkan founder terkesan perniagaannya. Ini antara risiko yang mungkin ada jika kita tidak mahir menjaga manusia
Manakala jualan terus kita tidak perlu pengurusan manusia dengan jumlah yang besar, namun kos pemasaran secara amnya lebih tinggi, kerana kelebihan terbesar sistem dropship adalah the power of people.
Jadi jika kita adalah seorang founder dan bercadang untuk membesarkan perniagaan, sistem mana yang perlu kita pilih
Syor saya, jika ingin kembangkan perniagaan dengan menggunakan sistem agen atau dropship. Pastikan produk kita mempunyai kadar repeat order yang tinggi
Seperti makanan, produk kecantikan dll. Ini akan memberikan peluanh agent dan dropship untuk terus menjana wang
Jika produk kita life cyclenya lama, kain buruk kayangan contohnya, bila dah beli satu, lagi 2-3 tahun lagi baru dia akan beli lagi. Produk sebegini elakkan sistem dropship/agent
Jelas ?
Ada soalan ?
Cikgu Syibli