ALHAMDULILLAH SAYA SUDAH SIHAT DAH MENENDANG SEMULA

ALHAMDULILLAH SAYA SUDAH SIHAT DAH MENENDANG SEMULA

Ini perkongsian seterusnya. Ini foto saya semasa zaman saya menjadi seorang jetsetter. Orang nampak kita macam jurugambar picisan tapi yang orang lihat ialah portfolio kita tidak ada warna kulit. Orang lihat foto yang kita bidik bila berada dalam maya sesawang memang tiada nampak macam Melayu, tidak nampak macam Mat Saleh tidak nampak macam keHinduan - tapi nampak professional. Sebab itu, kerja saya mengumpul point penerbangan sahajalah nampaknya. Petang shooting di London, malamnya shooting di New York. Begitulah.

BAGAIMANA?

Ini antara foto yang saya boleh kongsikan bila kita ringan tulang bekerja. Saya dibayar untuk satu kerja. Tetapi kita selalu cari kerja lain. Mereka tidak perlu bayar lebih, tetapi jika mereka mahu foto ini dienlarge kepada saiz lebih besar, mereka perlu bayar sedikit lebih murah dari kadar tempatan. Khidmat percuma, tapi foto enlargement dan frame bernilai USD400-800 bergantung saiz. Akhirnya, satu projek cuma bernilai USD4k jadi USD7k kerana sweet upselling tanpa paksaan tetapi mereka dengan rela sukainya.

TAMBAH NILAI jangan berhenti di satu tempat. Jika mereka tidak mahukannya, mereka masih saya berikan kira-kira 50 gambar terbaik portraiture perkahwinan mereka pun.

Semasa di bukit ini (Battery Cranston) saya juga ringan mulut menyapa seorang lelaki Burmese yang sedang membuat dog walk bersama seekor anjingnya. Beliau mulanya kelihatan sangat berminat dengan kamera saya. Bila saya tunjukkan foto-foto yang saya bidik, terus ditawarkan saya untuk ambilkan foto-foto restoran beliau. Tak sangka beliau seorang pemilik kepada restoran paling popular di San Francisco mengikut penarafan Yelps. Restoran beliau bernama BURMESE SUPERSTAR.

Terus saya melompat, pada saya ini bukan kerana upahnya. Just over a dinner katanya. Dia berkali-kali tanyakan harga saya berapa kerana dia takut harga saya menjadi terlalu mahal. Saya katakan berulang kali "Biar saya kerja dahulu dan kamu nilaikan sendiri berapa kamu patut bayar".

Hanya seimbas semasa satu makan malam dan keesokan harinya beliau bawa saya dan assistant saya Ahim dari Brunei untuk morning breakfast kemudian bersiar-siar di atas Land Rover Defender antik beliau untuk masuk ke Industrial Light & Magic (ILM) ataupun ofis kawan beliau yang mungkin anda semua kenal "George Lucas" — malangnya hari itu hari Ahad. Sekalipun beliau ada kunci untuk masuk ke pejabat Lucas, tapi Lucasnya tiada. Sarapan singkat itu juga saya mengambil sedikit foto.

Terus dalam laptop saya edit dan burn CD (masa tu pakai CD lagi) dan serah kepada beliau. Terus beliau tergamam dan menawarkan "Let me send you to airport tomorrow...all buses terminated to airport since tsunami warning due to earthquake in Japan" (ketika ini tsunami besar melanda Jepun).

Saya setuju, dan kemudian esoknya beliau hantarkan ke airport dan sebelum tiba di airport beliau menyerahkan sekeping envelope dan berkata "I have seen your work and I bet you price is so Hollywood price....I just couldn't afford it. I took whatever I have in my cash box today and here it is...I hope you will still be a friend to me".

Saya senyum tanpa periksa berapa kandungan dalam envelop itu. Kami cuma berterima kasih kepada beliau dan kita akan teruskan berkawan.

Setelah dia berlalu kami berdua terus buat teka teki siapa yang betul. Envelop terasa tebal tanpa coin. Saya beritahu assistant saya "Ini nilaian kita semasa dinner dan sarapan". Sekali dibuka envelop itu saya melompat hahhahahaha.

Saya ingat, boleh buat keliling USA apa yang dinilai kepada saya dan assistant. Saya cekak separuh saya cakap "Ini kau punya" kepada assistant saya. Hahhaha.

Saya teruskan Hahahhaha dalam perjalanan dari San Francisco ke Hongkong ketika itu. Gatal sahaja rasa nak upgrade dari Ekonomi ke Business Class, duit tengah banyak hahaha.

Dan terus hahahhaha. Syukur Allah beri rezeki kepada yang mencari.

Kalau rasa ada pelajaran dari cerita ini, sila share kepada mereka yang terasa kecundang dalam perniagaan mereka untuk mereka ikuti Nota CEO Saiful Nang di t.me/notaceosn

SAIFUL NANG
Bekas Jurugambar Restoran Ternama San Francisco #doneclaim