Belajar Buat Iklan Macam Marketer Dalam KDrama Dan Buat Sales Berjujuk Masuk

Peminat KDrama kalau perasan, semua drama mereka akan diselitkan dengan iklan. Sama ada kita sedar betul-betul, atau tidak, kita jadi semacam redho bila ada iklan dalam drama tu.
.
Walau macam mana khusyuknya kita nak pastikan setiap episod tu kita dapat tonton tanpa gangguan, kita TAK RASA MARAH BILA TENGOK IKLAN MEREKA. Yang penting, lepas tengok iklan dan drama tu, KITA RASA NAK MEMBELI PRODUK YANG DIIKLANKAN. 
.
Macam itu jugalah kita boleh belajar olah iklan / blog post kita, sampai orang tak rasa yang kita SEDANG MENGIKLAN. Tak kiralah di mana platform yang kita gunakan untuk mengiklan, sama ada platform-platform utama seperti di Facebook, Instagram, TikTok, website, atau di channel telegram sekalipun, Copywriting dalam posting kita perlu ada 'seni' tersebut.

a) Kalau heroin, contohnya Song Hye Kyo, sedang tepek bedak kompak chap amoi cantik (bukan jenama sebenar) sekalipun, logo produk akan sekali imbas ditunjukkan. Ada juga yang disebut dalam skrip dramanya sekali.
.
”Cantik juga aku walaupun pakai bedak kompak ni je. Tak perlu bayar sampai KRW14,000 pun" - nak tunjuk harga produk tak sampai RM50).

Kalau heroin memang comel, berkulit mulus, tak ada jeragat dan parut-parut jerawat, penonton yang secara sedar/ tak sedar melihat 'iklan' tadi, pasti akan rasa, "nak belilah bedak kompak tu. Mana tahu, nanti cantik macam heroin drama ni". Ini contoh. Tapi dalam drama mereka, memang banyak iklan tanpa nampak mengiklan seperti ini.
.
b) Dapat pula kalau Lee Min Ho sedang pegang sebotol kopi chap 565 (bukan jenama sebenar), lepas tu dalam skrip ada sebut "rasa kopi ni macam kat dalam istana, berlemak, tak pahit, buat kita rasa cergas sepanjang hari". Mungkin ada yang terus rasa nak tukar jenama kopi harian kita terus, sebab percaya kualitinya setanding kopi yang dihidangkan di istana. Ini juga contoh, lagi-lagi kalau pelakonnya adalah pelakon yang dikenali ramai. 

Mereka tak perlu sebut atau tulis jenamanya pun. Cukup ada logo produk tersebut. Berjujuk orang terus search jenama dengan logo tersebut dan tempah.
.
Siapa antara kita yang pernah teringin nak beli jelly red ginseng selepas tengok mereka minum dari sachet dalam drama mereka - dan berazam nak cantik macam pelakon-pelakon tu? Sila angkat tangan diam-diam. 😂😂 Tak apa, itu petanda, iklan mereka MENJADI.

Lagipun sekarang ni, algorithm socmed utama (kalau ada yang perasan), bila kita mula tunjuk MINAT kepada sesuatu (tak kira produk atau perkhidmatan), selepas tu socmed akan TUNJUKKAN BANYAK IKLAN BERKAITAN. Macam tahu-tahu je kita tengah 'usha' benda-benda tu. Senyap-senyap je dia buat kerja. Macam itulah kita kena buat, dalam 'pengiklanan' kita.


Adakah kita pun perlu bayar pelakon terkenal untuk pastikan produk kita laris? TAK dan TAK SEMESTINYA, (walaupun itu kita boleh pilih kalau mampu). Tapi, ada cara yang LEBIH MENJIMATKAN DAN BERI PULANGAN LEBIH BAIK DARI PILIHAN TERSEBUT. 
.
JADI, SEBAGAI MARKETER / CONTENT CREATOR YANG JUGA NAK MENJUAL, APA YANG BOLEH KITA BELAJAR DARI CARA MEREKA 'CUCUK JARUM' IKLAN?

.
1) Belajarlah cara terbaik mengiklan dan masukkan unsur 'COHESION' atau KESEPADUAN dalam penulisan / perkongsian kita.
Kesepaduan dalam points yang cuba nak kita sampaikan. Ada iklan yang orang tak perasan, tapi tetap boleh buat orang TERKESAN / TERBELI / TERTEMPAH / TERMAKAN dek 'persuassion' / pujukan kita dalam penulisan.
.
COHESION dalam penulisan copywriting juga adalah bermaksud aliran idea yang logik, dari satu perenggan ke perenggan seterusnya. Atau, dari satu idea ke satu idea seterusnya. Atau, antara penulisan dan poster yang diletakkan dalam penulisan / perkongsian.
.
Semuanya perlu saling BERKAITAN dan BERSEPADU. Nak menembak, perlu TEPAT. Bukan menembak dengan 'peluru tabur' yang ada masanya, secara rambang dan tak kena tempat. Yang merugikan, peluru habis, tapi tak ada 'sasaran' yang tertembak pun.

2) Belajar mengiklan dengan cara MEMUJUK / 'PERSUADE' tanpa disedari
.
Dalam penulisan copywriting, yang paling utama perlu ada proses MEMANCING. Nak memancing perlu ada umpan. Apa yang digunakan untuk memancing? Umpan apa yang terbaik dipakai? Ikan yang nak dipancing, duduknya di mana? Nak pancing di lautan luas, tak cukup kalau guna pancing, kena guna pukat. Jenis pukat pun ada banyak. Jadi, sesuaikan pujukan kita dalam copywriting dengan SIAPA yang kita mahu sasarkan. 
.
Pujukan, bermula seawal TAJUK pada copywriting kita. Adakah menggamit pembaca untuk teruskan membaca copywriting kita? Seterusnya pada ayat-ayat pertama dalam perenggan pertama. Dalam kedua-dua perkara ini, ianya penentu sama ada seterusnya, apa yang kita cuba jual, mahu dibeli pembaca.
.
Dan yang paling UTAMA, pujukan mestilah TANPA DISEDARI ATAU DISEDARI SECARA YANG PALING MINIMA. Orang tahu itu iklan, tapi boleh diterima. Semua ini bukan sesuatu yang mustahil. Boleh dipelajari dan boleh dilatih. 

Paling penting, JANGAN BERHENTI BERUSAHA dan sentiasa perbaiki cara. Belajar dari yang pakar dan yang memang BUAT dan dah buktikan keberkesanannya. Pastikan iklan-iklan tersebut 'masuk akal' dan 'mengikut konteks' perkongsian kita.  
.

 

Semoga tips dikongsikan memberikan manfaat kepada semua yang sedang terus berusaha. The struggle is real, tapi dengan ILMU, semuanya jadi BOLEH. Untuk tambahan ilmu, boleh tekan gambar-gambar dan jadikan iklan kita, IKLAN BERKESAN TANPA DISEDARI bakal pelanggan.
.

Related Posts

Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Perkara ini nampak macam isu kecil, tapi sebenarnya ianya antara salah satu sebab kenapa iklan kita DILIHAT, DIAMBIL ...
Read More
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Baru-baru ini, tular di socmed gara-gara sekeping gambar screenshot peniaga online yang menjawab mesej WhatsApp bakal...
Read More

Filter
Belajar Buat Iklan Macam Marketer Dalam KDrama Dan Buat Sales Berjujuk Masuk - Saiful Nang Academy
Belajar Buat Iklan Macam Marketer Dalam KDrama Dan Buat Sales Berjujuk Masuk - Saiful Nang Academy