BOLEH BELI BESI BURUK, REPAIR BAGI TERBANG BALIK, KENAPA BELI BARU? (PART 2)

Lupa pulak seekor lagi. Masa kecik dulu beriya nak bercita-cita jadi pemandu lori minyak. Masa darjah 1 sahaja dah kena cantas cita-cita tu. Cikgu cakap, itu cita-cita orang tak ada masa depan.

Saya confuse. Kenapa pulak tak ada masa depan? Saya tengok Pakcik Aru (Nama penuh Arumugam) bawa lori tangki pergi balik Pasir Gudang ke kilang Felda selamba jer.

Naif lagi tak tahu apa nak buat. So, kena tukar jadi DOKTOR. Akhirnya saya jadi apa sebenarnya saya suka jadi hari ini. Jadi USAHAWAN.

Hari ni dapat beli sebuah lori tanker pertama. Hikmah berniaga tanpa hutang, dalam keadaan orang terdesak nak jual kerana nak survive, kita dapat kekuatan kerana tunai.

Dah 3 ekor besi hari ni. Yang ni last.

Pelajaran untuk kita semua, jangan cantas cita-cita anak nak jadi pemandu lori tapi galakkanlah dengan kata-kata "Jadi pemandu lori pun elok, kemudian jadi taukey lori"

I AM RARE
I AM RARE FOUNDERS!