website
Cart
Hotline Saiful Nang Academy011 2328 4212 | 010 222 9089 | 011 1317 1527
PENGUMUMAN!!! Kelas Live akan diadakan secara fizikal. Kelas Online hanya ada dalam bentuk rakaman (pre-recorded) dengan akses SATU BULAN dari tarikh pendaftaran.

Budak Umur 13 Tahun Dah Boleh Memiliki Account Instagram Tetapi Dengan Syarat


Syarikat media sosial itu turut memaklumkan, pengguna bawah umur kini boleh mengubah status privasi akaun mereka.

INSTAGRAM akan menambah ciri keselamatan bagi melindungi para remaja daripada menerima mesej yang tidak diingini daripada pengguna dewasa. Mudah kata, pengguna dewasa hanya boleh hantar mesej kepada pengguna remaja yang hanya mengikuti mereka.

Selain itu, setiap mesej akan dilengkapi dengan amaran bagi mengingati para remaja untuk tidak membalas kepada mesej yang membuatkan mereka merasa tidak selesa.

Namun begitu, ciri keselamatan ini hanya akan berfungsi jika pengguna akaun sosial itu meletakkan umur sebenar mereka. Tapi rata-rata anak-anak masa kini sering menipu data umur mereka bagi mengelak daripada pelbagai halangan yang ditetapkan oleh syarikat pengeluar khusus untuk mereka.

Pada masa yang sama, pemangsa juga boleh menipu umur mereka dengan menyatakan mereka lebih muda daripada yang sebenar.

Instagram berkata mereka sedang membangunkan kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk membantu tangani cabaran pengesahan umur, terutama dalam kalangan pengguna yang tidak meletakkan maklumat yang betul.

Tahun 2021, had minima bagi pemegang akaun Instagram ialah yang berumur 13 tahun.

Syarikat media sosial itu turut memaklumkan, pengguna bawah umur kini boleh mengubah status privasi akaun mereka juga.

"Jika pengguna remaja itu tidak memilih butang 'privasi' setelah membuka akaun, kami akan menghantar notifikasi kepada mereka.

"Notifikasi ini akan menggariskan faedah memilih status 'private' dan sentiasa mengingatkan mereka untuk semak tetapan akaun mereka," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pada Januari lepas, syarikat media sosial TikTok mengumumkan akaun pengguna di bawah 16 tahun akan ditukarkan kepada status 'private'.

Kredit: Astro Awani



Filter
Budak Umur 13 Tahun Dah Boleh Memiliki Account Instagram Tetapi Dengan Syarat - Saiful Nang Academy
Budak Umur 13 Tahun Dah Boleh Memiliki Account Instagram Tetapi Dengan Syarat - Saiful Nang Academy