website
Cart
Hotline Saiful Nang Academy011 2328 4212 | 010 222 9089 | 011 1317 1527
PENGUMUMAN!!! Kelas Live akan diadakan secara fizikal. Kelas Online hanya ada dalam bentuk rakaman (pre-recorded) dengan akses SATU BULAN dari tarikh pendaftaran.

Artis Seni Malaysia Guna Mancis Hasilkan Lukisan, Jadi Cover Majalah Antarabangsa TIME.

Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel berkaitan dengan impak seni terhadap anak-anak. Banyak sisi positif yang diperolehi dan salah satunya menjadikan seseorang itu lebih kreatif. 

Ini dibuktikan apabila hasil karya kreatif anak Malaysia ini mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Ikuti laporan berikut.

KUALA LUMPUR: Hasil karya seniman kontemporari Malaysia, Red Hong Yi, akan menghiasi di muka hadapan keluaran edisi khas Time Magazine berkenaan perubahan iklim pada 26 April depan.

Dalam catatan terbaharu di akaun Instagram miliknya, Red berkata dia dan pasukannya mengambil masa dua minggu untuk melekatkan mancis pada karyanya itu yang kemudiannya dibakar.

 "Inspirasi disebalik karya ini adalah daripada masalah perubahan iklim yang perlu ditangani.

"Melalui karya ini, saya ingin menunjukkan apa yang berlaku di mana-mana tempat di dunia ini akan memberi kesan kepada tempat lain," katanya dalam temu bual bersama Time.

Foto karya tersebut diambil oleh pengasas bersama Women Photographers Malaysia, Annice Lyn.

Tahun lepas Red mengutarakan isu rasisme dengan memaparkan pelbagai juadah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kota Kinabalu.

Pelukis kelahiran Sabah ini memulakan kariernya sebagai seorang arkitek sebelum meneruskan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang arkitek di Universiti Melbourne.

Karyanya pernah dipamerkan di beberapa lokasi di seluruh dunia termasuk H Queens di Hong Kong, Muzium Karya Asia di San Francisco, Forum Ekonomi Dunia di Davos, Muzium Anchorage di Alaska dan di Bank JP Morgan Chase.

Sumber: Astro Awani



Filter
Artis  Seni Malaysia Guna Mancis Hasilkan Lukisan, Jadi Cover Majalah Antarabangsa TIME. - Saiful Nang Academy
Artis  Seni Malaysia Guna Mancis Hasilkan Lukisan, Jadi Cover Majalah Antarabangsa TIME. - Saiful Nang Academy