KENAPA KAMI PULUN YOUTUBE?

KENAPA KAMI PULUN YOUTUBE?

Dalam bisnes hari ini, tv, suratkhabar, radio, billboard umpama kapal nak ke Mekah. Digital media pula seperti kapal terbang. Kedua-dua cara pun sampai juga boleh buat haji.

Kapal terbang pula ada 2 jenis. Awak bayar sahaja tiket terus pergi. Atau kedua kalau bijak, kita mulakan dengan kapal terbang kecil kita sikit demi sedikit. Hari ni kita mampu guna Cessna 4 seaters kita kayuhlah ke Mekah. Sampai juga Mekah tapi kena stop 8x untuk isi minyak. Bayar tiket kapal besar, awak dah sampai awal dah. Faham? Kalau tak, teruskan baca. Kalau faham juga teruskan baca.

Mula 4 seaters awak bawaklah 4 orang. Setiap satu itulah produk-produk kita. Kalau ada lebih seat kita jual lah pada passenger lain. Bukan nak untung sangat tapi cukuplah lepas duit minyak.

Bila produk-produk kita berjaya dan nak buat produk lain, kita mula beli kapal lebih besar. Dah mula naik Gulfstream G650 kalau sampai Mekah tu tak payah berhenti-berhenti. Siap boleh bawa ramai passenger lagi.

Dah faham ke sekarang?

Dalam bisnes moden kita wajib embark dalam digital marketing. Sama ada kita bina platform kita atau kita tumpang platform orang lain.

Dalam digital marketing kita tak perlu pulun semua dengan Twitter, IG, Tumblr, Tiktok, Linkedin, FB, blog, Youtube dll.

Secara dasar, pilih begini

ALAT MENYERANG
- FB
- IG
- Tiktok
- Twitter

ALAT BERTAHAN
- Google
- Youtube

Alat menyerang tu pilih salah satu atau dua pun dah cukup baik. Pilihan dibuat berdasarkan siapa kita nak “serang”. Kalau nak serang budak remaja, belajarlah bertiktok.

Yang buat kami betul-betul nak kuasai Youtube ialah kerana buat masa ini kami hanya optimize dalam enjin carian Google sahaja tapi tak main sangat Youtube sedangkan Youtube mempunyai enjin carian tersendiri.

Sekarang sistem serangan dan pertahanan kami sudah lengkap. Kami boleh senyum untuk katakan, kami bukan sekadar boleh menjimatkan kos marketing tapi kami juga boleh bawa “passenger” lain yang malas nak membina platform. Analogi kami ada kapal terbang besar, daripada fly passenger kami sahaja, kami bagilah orang lain tumpang sekali. Cuma kena bayarlah.

Nampak tak kat mana mainnya game begini? Mudah sahaja nak faham.

Siapa lagi yang dah buat semua senarai di atas tapi Youtube tak ada viewers lagi, orang Google keluar kat page ke-187 baru jumpa kita. Dalam FB pun follower krik krik...content dah buat dah content tapi apasal tak lepas-lepas lagi ni?

Kalau stuck kat situ, sila respond mesej ni dalam discussion group. Kami tak ambil masa lama untuk create platform. Youtube pun dari dormant bertahun-tahun pada angka 10-12k baru sebulan kami aktif dah sekali ganda dah subscribers.

Belajar cara memenangi khalayak kita. Menangi khalayak kita ialah kunci pemasaran kos rendah. Jual lah kapal selam pun, pasti ada orang akan beli.

Jangan silap faham analogi tu. kapal besar tu KITA SENDIRI kena buat. Kalau tidak u all nak tumpang kapal saya nanti kapal saya yg akan jadi makin besar. Kapal u all semua tak pernah wujud, jadi passenger jer sampai bila-bila. Macam mana nak grow?

Jangan risau, inilah yang kami nak guide you all semua dalam program kami nanti. Jangan risau, semuanya mampu.

SAIFUL NANG
Digital Marketer


Filter
KENAPA KAMI PULUN YOUTUBE? - Saiful Nang Academy
KENAPA KAMI PULUN YOUTUBE? - Saiful Nang Academy