Kuasa Viral Rakyat Malaysia, Uncle OKU Raih Jualan 5 Angka Dalam Masa 24 Jam

Semenjak pandemik Covid 19 melanda dunia, banyak perniagaan menukar strategi perniagaan mereka kepada online business. Pelbagai medium dan platform yang boleh digunapakai untuk memasarkan barang jualan antaranya bersiaran langsung ataupun live. 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi kisah menyentuh hati apabila seorang peniaga produk wangian kereta dan rumah gigih bersiaran langsung di Shopee walaupun jumlah  penonton ketika itu hanya 7 orang. 

 "Tengok live shopee tadi. Ternampak live uncle ni. Views 7 org je. So masuk je la sbb nak tengok dia jual apa. Masuk2, live dah nak end. Stalk uncle ni rupanya jual pewangi kereta n rumah. Uncle ni OKU. Fasih sangat BM dia. Support la gais. Mesti dia seronok kalau ramai beli."

Hasil daripada tweet tersebut meraih hingga 44,000 retweet, yang mana kebanyakannya memuji dan memberi sokongan pada Foo Chia Keat, 31 dengan membeli wangian tersebut. Antara yang memberi sokongan adalah pihak Shopee dan syarikat pewangi itu sendiri.

Ekoran daripada tweet yang viral itu, Chia Keat tak menang tangan kerana menerima beratus-ratus tempahan sehingga kini. 

Sementaran itu, Foo turut mengucapkan terima kasih kepada pengguna laman media sosial kerana menyokong perniagaannya hingga kisahnya tular.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kerana menularkan perniagaan saya. Terima kasih juga kepada Bliese kerana selalu menyokong saya dalam perniagaan ini selama dua tahun,” katanya.

Walaupun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), itu tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki. Bak kata pepatah selagi ada kemahuan disitu ada jalan.

Sumber : mStar, Kosmo 


Related Posts

10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
Tak perlu tulis berjela kalau tahu cara MUDAH nak 'pancing poket' pelanggan / bakal pelanggan. Kena caranya, terus ja...
Read More
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
Beberapa tips ini sangat berguna untuk peniaga online yang banyak bergantung kepada leads yang diterima dari iklan me...
Read More
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
Siapa di sini yang selalu TERASA bila tengok iklan ejen insurans? Kebanyakan antara kita mesti pernah sekurang-kurang...
Read More

Filter