Lihat Sendiri Kemusnahan Dan Perubahan Iklim Bumi Di Google Earth Timelapse

Google Earth baru-baru ini telah memperkenalkan ciri terbarunya iaitu Google Earth Timelapse.

Daripada features terbaru itu, memungkinkan pengguna melihat perubahan rupa bentuk muka bumi ini di berbagai lokasi selama 36 tahun. 

Ini membolehkan pengguna mengesan penebangan hutan, menyaksikan perubahan garis pantai selama bertahun-tahun dan melihat bandar metro besar berkembang dari masa ke masa.

Dengan Timelapse di Google Earth, pengguna dapat merasai pengalaman menonton video pendek yang menunjukkan bagaimana planet Bumi telah berubah dari 1984 hingga 2020.

 Pengguna dapat meneroka Timelapse Google Earth sendiri dengan pergi ke 'g.co/Timelapse' di mana mereka dapat menggunakan "search bar" untuk mencari bandar atau wilayah lain yang mereka pilih.

Disamping itu juga, Google turut menyediakan lebih daripada 800 video timelapse dalam bentuk 2D dan 3D untuk pengguna di g.co/TimelapseVideos. Boleh pilih mana-mana video yang sedia ada untuk ditonton di Youtube.

Google juga mengajak semua untuk menggunakan dan berkongsi Timelapse dalam memberi kesedaran mengenai topik seperti perubahan iklim dan carbon footprint. Dengan bukti visual yang jauh lebih berpengaruh dibandingkan dengan kata-kata dalam buku teks, Timelapse ini menjadi salah satu medium yang dapat mendidik dan memberi inspirasi untuk kita bertindak ke arah kebaikan.

Dalam menghasilkan Timelapse ini, Google mengumpulkan lebih 24 juta imej satelit dari tahun 1984. Google juga menyebutkan bahawa ukuran projek ini juga setara dengan 5,30,000 video dalam resolusi 4K!

 


Related Posts

'Kembar' Kongsi Tips Bagaimana Chef Ammar Viral Dalam Perniagaan
'Kembar' Kongsi Tips Bagaimana Chef Ammar Viral Dalam Perniagaan
Ini adalah perkongsian dari Tuan Ammar Zahar, seorang marketing consultant yang banyak membantu usahawan, di page bel...
Read More
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Perkara ini nampak macam isu kecil, tapi sebenarnya ianya antara salah satu sebab kenapa iklan kita DILIHAT, DIAMBIL ...
Read More
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More

Filter
Lihat Sendiri Kemusnahan Dan Perubahan Iklim Bumi Di Google Earth Timelapse - Saiful Nang Academy
Lihat Sendiri Kemusnahan Dan Perubahan Iklim Bumi Di Google Earth Timelapse - Saiful Nang Academy