10 Keping Gambar Travel Pakai Smartphone Tapi Cantik Setanding DSLR
InsyaAllah nampak gaya dalam masa terdekat ni kita dah boleh rentas negeri. Kawalan pergerakan dalam negeri pun dah dibolehkan, jadi boleh la kita bawa anak isteri pergi berjalan. Alang-alang tu boleh support sekali peniaga tempatan yang terkesan sepanjang PKP ni. Makan di restoran mereka, menginap di hotel/homestay dan menggunakan khidmat perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.
Dah bawa keluarga berjalan, mereka gembira dah.
Dah bawa pergi makan, pun gembira juga.
Tapi bila tang kita ambil gambar keluarga, kelaut perginya - Gambar senget benget, gambar gelap, blur, orang dalam gambar tak ready, tudung isteri tak semenggah. Maunya tak bad mood orang rumah kita tu. Siapa yang ada pasangan yang tak pandai ambil gambar cantik-cantik? Kena ajak join kelas kita. Belajar ambil gambar guna henfon.
Ini kami kongsikan gambar-gambar travel kami sebelum ini yang kami ambil guna smartphone sahaja.
Semua gambar-gambar ni dalam Malaysia je tapi dengan teknik yang betul gambar kita boleh jadi super awesome! Silap-silap gambar kita boleh dapat banyak likes bila kita upload di Facebook dan Instagram nanti. Isteri pun gembira bila suami ambil gambar dia cantik-cantik.
Jom lah belajar dengan kami macam mana nak ambil gambar dengan teknik yang betul. Daftarkan sekali pasangan kita yang tak pandai ambil gambar, atau anak-anak kita yang minat bergambar. Kelas ni sesuai untuk semua golongan umur. Dari yang masih bersekolah hinggalah ke golongan umur remaja veteran. Kelas online je kami buat di website kami. Boleh klik gambar terus ya untuk register.