5 Checklist Sebelum Ambil Gambar Landscape Macam Pro Guna Henfon

Nak ambil gambar landscape sekarang tak perlu dah nak bawa camera dan tripod besar-besar, shoot guna henfon pun boleh dah. Tapi sebelum tu kena check dulu checklist ini sebelum pergi shoot. WAJIB. Kenapa wajib? Supaya masa kita tidak terbazir begitu sahaja. 

Baca sehingga habis kalau nak tahu apa yang patut kita consider sebelum shoot gambar landscape. Rugi kalau pergi tempat cantik tapi gambar kita tak cantik.

1) CUACA
Ramai tak tahu sebenarnya selepas hujan adalah masa yang terbaik nak ambil gambar landscape sebab masa ni langit clear dan ada reflection dari hujan yang turun tadi. Kalau baru habis hujan waktu pagi, lagi cantik sebab ada kabus-kabus macam dekat oversea.
Cuaca yang mendung sangat pun tak sesuai nak ambil gambar sebab nanti gambar kita akan jadi kusam dan tak cantik walaupun tempat yang kita pergi tu tempat yang paling cantik. Pastikan kita rujuk ramalan kaji cuaca sebelum keluar outing.

2) TIMING
Salah satu kegigihan para landscaper ialah, masa yang cantik nak pergi shoot adalah pada golden hour dan blue hour. Keluar subuh-subuh atau waktu-waktu maghrib sebab masa ini adalah masa yang terbaik nak dapatkan lighting yang paling cantik. Langit kebiru-biruan, tidak overexposed dan cahaya.
Tapi jangan risau kalau tak dapat keluar waktu-waktu golden hour atau blue hour, masih ada tempat yang kita boleh pergi nak ambil gambar landscape. Contohnya ke air terjun mahupun sungai.

Buat yang belum tahu, blue hour adalah di mana langit berwarna kebiruan biasanya 15 selepas matahari terbenam dan 15 minit sebelum matahari terbit.

Golden hour pula biasanya pada 1 jam sebelum matahari terbenam dan 1 jam selepas matahari terbit. Waktu-waktu ini kita boleh lihat langit berwarna kuning keemasan dan cahayanya tidak terlalu harsh.


3) TEKNIK SHOOTING


Salah satu lagi ciri penting landscape photography adalah minimanya atau bahkan hampir tidak ada unsur manusia yang menjadi subjek di dalamnya dan hanya alam sahaja dengan subjek seperti bentuk muka bumi, cuaca dan cahaya sekitar yang sangat jelas.

Teknik yang berbeza kita perlu tahu bila nak shoot landscape, setting kamera dan bagaimana nak ambil gambar dalam keadaan yang tak banyak cahaya dan sedikit gelap. Kita juga akan mengambil gambar dalam keadaan berlawanan dengan cahaya. Macam mana nak jadikan subjek kita kelihatan cantik juga perlu tahu tekniknya.

Nak ambil gambar air terjun atau benda yang bergerak juga perlukan teknik long exposure atau slow shutter. Kalau dulu teknik ini hanya boleh digunakan pada kamera, hari ini kita boleh install apps yang sesuai untuk ambil gambar slow shutter kalau tak ada manual setting dalam henfon kita. Senang kan!
 

4) TOOLS / EQUIPMENT
Peralatan yang wajib ada bila nak shoot landscape adalah tripod. Pelbagai jenis tripod yang ada di pasaran, boleh beli mana yang sesuai dengan bajet dan keperluan kita.
Apps yang boleh digunakan untuk gambar landscape adalah Slow Shutter Cam untuk ios dan Long Exposure Camera 2 untuk Android. Dan ada banyak lagi apps yang boleh kita explore!


5) FOTO EDITING

Belajar RAHSIA TEKNIK HDR yang menjadi teknik rahsia ramai jurufoto antarabangsa mendapatkan gambar landskap yang hebat.
Lagi satu tips adalah gambar kita shoot tak mengapa jika sedikit gelap, sebab di sini fungsinya editing di mana kita boleh naikkan warna langit yang mulanya sedikit gelap dan juga warna-warna landscape yang kita ambil.
Ini dulu perkongsian kali ini, dah ada ilmu kena buat baru tahu kita faham atau pun tidak. Dah tahu tekniknya tapi tak tahu macam mana nak apply pun susah juga, jom join kelas Smartphone Landspace Photography. Sekarang tengah ada PAKEJ COMBO. Daftar 1 kelas RM 70, daftar PAKEJ KAKI FOTO LANSKAP RM 150 dapat 3 kelas sekali gus! 
Nak lagi best, daftar je di bawah PAKEJ LENGKAP FOTOGRAFI, 4 kelas JIMAT RM 80. Kami ajar ambil gambar, shoot landscape guna henfon dan edit gambar pun guna aplikasi percuma di henfon juga. Lepastu boleh jual gambar secara online dan dapatkan hasil dalam USD!
Boleh klik terus gambar ini ya untuk mendaftar. 

Related Posts

3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More

Filter
5 Checklist Sebelum Ambil Gambar Landscape Macam Pro Guna Henfon - Saiful Nang Academy
5 Checklist Sebelum Ambil Gambar Landscape Macam Pro Guna Henfon - Saiful Nang Academy