5 sebab Android lebih baik berbanding Iphone
Scroll gambar ni sampai hujung. Gambar-gambar tersebut dihasilkan dengan smartphone REDMI 6 yang range harganya sekitar RM 329 - RM 379 sahaja. Memang murah tetapi gambar masih boleh diedit dengan baik dan sebenarnya not bad dengan harga mampu milik seperti itu. Harga phone android mula dr low end dan penuhi semua level masyarakat. Android dan Apple ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa-apa pun semuanya ikut kepada keperluan kita untuk apa? Kalau beli smartphone harga RM 6000 tapi boleh jana pendapatan sampai beratus ribu apa salahnya.
Masing2 mempunyai pandangan, keperluan dan sudut kewangan masing2. Jika mampu dan rasa iphone lebih baik, pakai iphone. Jika rasa android boleh beri kepuasan maksimum, boleh pakai android. Tak ada org nak marah.
Antara yang menjadi perbincangan hangat adalah soal kapasiti bateri. Memang tidak dinafikan android tahan lebih lama berbanding Iphone. Jika nak bandingkan dengan pengecasan pantas juga boleh katakan android mendahului. Paling best fast charging. XIOMI mi 10 ultra capable 120W fast charging. 41% dalam masa 5 min, 100% dalam masa 23 min vs iphone 12 pro max Fast charging 20W, 50% dalam 30 min. Haa gitulah kehebatannya. Lagi satu iphone dah hilangkan 3.5mm headphone jacks. Kalau nak cas sambil guna fone kena ada adapter.
Jom tengok 6 sebab di bawah sampai habis dan layan gambar-gambar dari fone yang harganya sangat mampu milik.
1. Pengecasan Yang Lebih Pantas
Android ialah platform yang memberikan pelbagai sistem pengecasan yang lebih pantas berbanding IOS.
Apa yang kita lihat teknologi Apple juga dah ada pengecasan yang pantas tetapi tidak terpantas jika nak dibandingkan dengan android.
2. Sokongan SD Card
Best part untuk fon android adalah penggunaan SD card yang memudahkan urusan transfer kalau terlalu banyak file yang ingin dipindahkan. Lebih mesra alam untuk masukkan ke dalam laptop meskipun perlu menggunakan card reader. Bergantung kepada diri masing2. Ada yang suka cara lama. Ada yang suka pakai cloud. Ikut kepada keselesaan masing2.
3. Banyak Pilihan
Kalau dilihat dari segi reka bentuk, size dan fungsi android lebih banyak pilihan. Khas untuk gaming dan keperluan masing. Ada yang lipat sana lipat sini dan menjanjikan kita pengalaman yang berbeza dengan rekabentuk iphone yang sama sahaja.
4. Harga Mampu Milik
Harga memang android menang. Spec yang padu sampai 6GB RAM boleh dapat dalam harga RM 1000 ke bawah. Antaranya jenama REDMI, VIVO juga not bad bagi mereka yang belajar ambil ambil gambar dan tambah baik video kita. Android banyak pilihan yang murah dan sesuai dengan keperluan harian kita. Tak semestinya nak kena beli iphone. Kena ukur baju di badan sendiri dan tahu keperluan masing.
5. Ketahanan Bateri
Kapasiti bateri iphone lebih rendah berbanding dengan android. Iphone boleh dapat tahan daripada pagi sampai malam tapi dapat pengalaman refresh rate yang agak rendah berbanding dengan android yang latest. Pernah pakai redmi yang harga RM 700 tapi ketahanan battery lebih baik berbanding iphone. Bila dah pakai lebih 3 bulan biasanya battery health akan berkurangan sebanyak 20% bergantung kepada cara penggunaan masing2. Antara sebab bateri kita cepat rosak adalah apabila main game sambil cas fon kita.