6 Tips Penting Untuk Semua Penggemar Landscape Fotografi

Tips ni boleh diguna pakai untuk semua baik yang shoot guna camera mahupun smartphone. Bagi beginner, boleh baca tips ni dan amalkan. Untuk yang dah pro, boleh juga kongsikan tambahan ilmu yang kita ada di ruangan komen untuk rujukan sahabat kita yang lain.

1. Cuaca

Disebabkan nak shoot landscape ni kita kena check dulu weather forecast sebelum nak keluar pergi shoot. Kalau mendung atau hari hujan tu tak usah lah pergi sbb confirm kita balik tak bawa hasil. Ada banyak apps yang kita boleh gunakan untuk check seperti AccuWeather, 1Weather dan Appy Weather.

Dan selalunya lokasi yg kita nak pergi shoot ni kawasan outskirt, jadi make sure jangan pergi seorang diri ya lagi-lagi perempuan.. Safety comes first.

2. Ambil Kira Faktor Foreground

Gambar city, nature, land, sky and water - digalakkan perlu ada element foreground untuk beri lebih impak pada foto tersebut.

Foreground tu apa? Foreground tu ialah view bahagian depan atau yang view yang paling dekat dengan photographer. Nak explain kat sini susah sikit, nanti dalam kelas kami tunjukkan foreground tu apa.

3. Masukkan Ruang Langit Dalam Foto

Ini juga salah satu element yg boleh kita masukkan dalam foto landscape kita. Kebiasaannya landscape akan ada dominant sky atau foreground. Kalau tak ada elements ni, shot kita boleh jadi boring.

Kalau kita ada ruang langit yang boring, pls dont dominate your shot and place the horizon in the upper third of your shot. Bila macam ni, kita kena make sure foreground kita ada element atau object yang menarik perhatian yg melihat. Boleh faham?

4. Capture Movement

Bila kita dapat capture movement dalam landscape shot kita, gambar kita confirm akan jadi lebih menarik. Tak semestinya orang, tapi binatang pun boleh juga. Seperti silhouette burung berterbangan, atau silhouette orang dengan bukaan yang luas. Try lah, pasti gambar kita akan nampak lebih hidup.

5. Leading Line

Tak ada pun takpe tapi kalau ada leading line ni boleh ‘lead’ mata yang melihat foto kita. Ada beberapa cara nak buat hasilkan leading line ni dan salah satunya ialah melalui foreground kita. Leading line ni boleh jadi sbg kita punya main point of interest by creating pattern yg ada dlm shot kita.

6. Tripod

Ahaa yg ni pun penting jugak. Sebab kita nak shoot landscape ni lama dan perlukan stabiliti yg tinggi. Taknak lah nanti dah ada moment terbaik tiba-tiba camera kita tergoyang pulak, atau kita tak ready masa tu nak shoot. Macam-macam unexpected scene boleh jadi kat shooting location jadi kita sediakanlah kelengkapan sebaik mungkin. Buat homework juga apa equipment yg kita nak bawa, dan make sure kita sampai di lokasi shooting dgn idea di dalam kepala gambar macam mana yg kita nak hasilkan.

Bagi yang nak belajar cara ambil gambar landscape guna smartphone, kami boleh ajarkan di dalam kelas Smartphone Lanscape Photography. Waktu bila yg terbaik nak shoot landscape, teknik apa yg boleh digunapakai, apa beza shoot waktu sunrise dan sunset, apps apa yg boleh download untuk mantapkan lagi landscape foto kita dan banyak lagi yang kami nak kongsikan.



Filter
6 Tips Penting Untuk Semua Penggemar Landscape Fotografi - Saiful Nang Academy
6 Tips Penting Untuk Semua Penggemar Landscape Fotografi - Saiful Nang Academy