Bagaimana Ibu-Ibu Dan Suri Rumah Boleh Elakkan Ambil Gambar Blur Gunakan Smartphone
Bagaimana ibu-ibu dan suri rumah boleh elakkan ambil gambar blur gunakan smartphone
Ibu dan suri rumah yang suka ambil gambar tapi ada masalah gambar selalu blur, jom baca tips sampai habis macam mana nak elakkan gambar bliur bila kita shoot guna smartphone.
1) Pegang Fon dengan kemas
Step yang paling utama bila nak ambil gambar, tangan kita mesti pegang fon dengan kemas untuk pastikan tidak fon bergerak dan gambar kita boleh fokus kepada subjek.
Kalau kita pegang fon tak kemas, fon kita mudah terjatuh ataupun boleh menyebabkan gambar kita bergegar. Kalau nak ambil gambar anak masa mereka masuk sekolah, dan kita nak simpan kenangan dalam gambar, kita mestilah pastikan gambar tu jelas supaya h kita boleh tengok pada masa akan datang
2) Jangan Bergerak Ketika Ambil Gambar
Common mistake bila ibu-ibu ambil gambar adalah ibu-ibu tidak stay still ketika merakam gambar. Itu akan menyebabkan gambar kita jadi blur dan tak sharp.
PRO TIPS: Ibu-ibu boleh apply selepas ini, bila nak ambil gambar, mesti pastikan tidak bergerak dan cuma bergerak selepas snap gambar..Lepas snap gambar, pastikan kita cek dulu gambar tu clear atau tak, kalau masih tak sharp, kita boleh snap semula. Jangan dah sampai dekat rumah baru kita cek dan gambar tu tak jelas, kita sendiri yang kecewa.
3) Elakkan Zoom
.
Paling pantang, bila kita nak ambil gambar adalah zoom in. Zoom in boleh mengganggu kualiti gambar kita dan menyebabkan gambar kita jadi pecah.
Kalau subjek jauh dari kita, kita boleh pergi dekat dengan subjek ataupun tangkap gambar dengan full shot dan crop kemudian. Itu pun dengan teknik yang betul ya!
4) Pastikan Cahaya Mencukupi.
Cahaya sangat penting bila kita nak ambil gambar. Cahaya yang terbaik adalah natural light ataupun cahaya matahari. Bila kita ambil gambar dekat luar dengan dekat dalam rumah kita boleh nampak perbezaan pada kualiti gambar.
Dengan cahaya matahari, gambar kita akan lebih jelas dan sharp. Cuba ibu-ibu masuk rumah dan ambil gambar menggunakan lampu dalam rumah, gambar kita kelihatan pecah-pecah dan tak clear.
Tips mudah untuk ibu-ibu ambil gambar cantik, gunakan cahaya matahari, ataupun boleh ambil gambar dari tepi tingkap. Cahaya yang lembut dan tak terlalu harsh
5) Gunakan Fungsi Burst Shot
Ibu-ibu juga boleh gunakan fungsi burst shot. Bahasa yang mudah kita faham adalah, ambil gambar dengan banyak dalam 1 masa dengan cara tekan pada butang snap lama-lama. Dengan cara ini, kita boleh pilih gambar yang terbaik dari banyak-banyak gambar yang kita ambil tadi dan buang mana yang kita tak nak.
Cara ini biasanya kita gunakan bila nak ambil gambar subjek yang sedang bergerak.
Kalau ibu-ibu yang nak belajar teknik ambil gambar cantik gunakan smartphone secara LIVE, kita ada kelas secara online. Ibu-ibu join dari rumah je, dan boleh terus apply. Alang-alang dah belajar teknik ambil gambar, kita belajar sekali Photo Editing, kelas ni pun pada sabtu ni. Jom join sekali ibu-ibu!