Ini Contoh Gambar Yang Diambil Untuk Menghasut Dan Buat Orang Geram
Ramai yang salah faham untuk gambar marketing paling penting gambar perlu cantik semata mata.
Tak Tepat
Gambar Cantik itu penting, tetapi nombor 1 ialah nak pastikan gambar kita ni orang jadi geram. Macam mana?
1. Ambil gambar dari first person view
Ini memberi impressi seolah-olah yang melihat gambar ini sedang berada di sana.
2. Model tak perlu pandang kamera dan gaya santai sahaja
Gambar yang dihasilkan seolah-olah kita sedang betul betul menikmati tempat/makanan tersebut.
3. Jangan Abstract sangat
Ada yang buat gambar cantik tapi orang tak faham tujuan, itupun masalah.
Make it simple,
Nak buat orang lapar : Tunjuk gambar orang sedang makan
Nak buat orang geram travel : tunjukan gambar pemandangan dengan orangnya, Jangan sekadar pemandangan semata-mata.
4. Warna jangan kusam
Untuk pemasaran, warna klasik dan kusam kurang sesuai. Nanti dalam social media dia tak standout. Warna biar bright tapi tak berlebihan.
Ini sedikit sebanyak tips ringkas. Jadi lepas ini ambil gambar pastikan tahu untuk apa.
Syibli Fakih
Dulu ambil gambar landscape tak suka letak orang dalam gambar, tapi untuk Rarecation dah berhijrah disiplinnya. Setiap gambar landscape wajib ada orang. Baru orang geram.
Berminat nak belajar Landscape Photography dengan lebih lanjut, boleh klik di sini