Keindahan Fotografi Hitam Putih

Gambar oleh Jeremy Bishop

Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut peredaran zaman. Baik dari segi teknologi, kenderaan, pakaian dan perkhidmatan. Dunia fotografi juga tidak ketinggalan memperkenalkan inovasi baharu dari sebesar-besar kamera sehinggalah sekecil-kecil kamera. Selain saiz, fotografi berwarna juga menjadi satu penemuan yang dikagumi dunia dan terus kekal sehingga kini.

Namun, mengapakah gambar hitam putih masih digemari dan relevan pada hari ini? Padahal, gambar berwarna nampak lebih menarik dan lebih dekat dengan realiti. Jadi, dalam blog kali ini saya ingin berkongsi berkenaan fungsi dan kelebihan fotografi hitam putih. Topik ini adalah rujukan daripada penulisan oleh Tirta Winata di laman Quora.

Gambar oleh Mario Ho

Mengapakah foto hitam putih masih diguna pakai pada hari ini? Untuk jawapan ringkas, kerana foto hitam putih tidak memiliki warna. Ya, betul. Ini bermaksud telah hilang satu faktor gangguan (distraction) sehingga membantu audiens untuk lebih fokus kepada isi gambar. Kita perlu faham bahawa terdapat beberapa elemen dalam menghasilkan foto. Elemen yang dimaksudkan adalah Elements of Art, iaitu garisan, bentuk (form & shape), ruang, tekstur, nilai dan warna. Dalam situasi ini, elemen yang hilang adalah warna. Hal ini membuatkan gambar secara keseluruhan nampak lebih sederhana sehingga elemen-elemen lain lebih menonjol.

Gambar oleh Tirta Winata

Sebagai contoh, gambar di atas ingin menunjukkan keindahan rupa bentuk air terjun. Tetapi, warna yang ada pada daun berpotensi mengalihkan perhatian audiens daripada garis, tekstur dan bentuk air terjun tersebut. Jadi, elemen warna dihilangkan, kemudian menyelaraskan tonal value dan mempertegas garis serta tekstur air terjun tersebut. Di sini sangat jelas bahawa foto hitam putih lebih memainkan peranan berbanding foto berwarna.

Gambar oleh Valentin B. Kremer

Gambar oleh Victor Li

Untuk menghasilkan gambar hitam putih yang bagus, ia bukan sekadar mengubah gambar berwarna menjadi hitam putih. Anda juga perlu tahu menentukan tonal value dan contrast supaya elemen seperti garis, tekstur dan bentuk nampak lebih jelas. Dalam masa yang sama, ia membuatkan gambar anda nampak dramatik dan berkarakter. Namun, perlu diingatkan bahawa foto hitam putih tidak selalu lebih baik berbanding berwarna. Ada kalanya elemen warna menjadi elemen utama/terkuat, lalu menghasilkan gambar yang memberi impak. Kesimpulannya, sebelum anda menentukan sama ada anda inginkan gambar berwarna atau hitam putih, anda perlu pastikan apa yang anda ingin tonjolkan dalam gambar tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fotografi, jom belajar dalam kelas SMARTPHONE PHOTOGRAPHY bersama kami secara ONLINE sahaja, boleh akses selama sebulan untuk belajar!

Klik sahaja ADD SELECTED TO CART di bawah untuk daftar


Related Posts

5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022
5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022
Kami percaya, rata-rata pembeli hari ini pasti akan pertimbangkan ciri kamera yang bagus apabila hendak membeli smart...
Read More
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Gambar oleh Ugur Akdemir Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotogr...
Read More
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More

Filter
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih