Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah

Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Barulah nampak 'rare' untuk dijadikan koleksi peribadi keluarga.
.
Di sini kami kongsikan macamana nak hasilkan gambar anak macam gambar di bawah ni gunakan smartphone dan props di rumah sahaja.

.
1) Caranya, pastikan anak mengadap sumber cahaya dan kita tidak menghalang cahaya.
2) Pilih apa-apa props yang ada di rumah seperti kain / material yang ada corak-corak yang boleh ditembusi cahaya seperti langsir putih, doily paper, potongan kertas dan lain-lain yang bercorak.
3) Letakkan props tersebut dekat dengan muka anak hingga nampak bayang props di muka anak
4) Shoot gambar guna henfon yang ada
5) Pastikan fokus kita di anak mata anak kita dan cuba hasilkan 'catch light' di titik fokus tersebut
6) Edit sedikit menggunakan apps percuma Lightroom di henfon untuk hasilkan gambar cantik, lebih cantik jadinya
7) Simpan / muatnaik / jual gambar di website stock photo
.
EXTRA TIPS: Nak bagi muka dan dagu nampak runcing dan kurus, angle camera smartphone kita tu naikkan sikit ke 45 darjah. Jangan ambil gambar dari angle bawah, nanti nampak segala double chin, triple chin kita. Benda boleh sorok, kita sorokkan 😂
.
Mudah sangat kan? Jangan lupa untuk mencuba!
.
Dapatkan lebih banyak tips dan trick fotografi smartphone dalam kelas SMARTPHONE PHOTOGRAPHY Saiful Nang Academy bersama Cikgu Harraz. Klik sahaja ADD SELECTED TO CART di bawah untuk mendaftar.


Related Posts

5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Pada hari ini, dunia fotografi telah berkembang pesat dengan teknologi moden dan canggih. Manusia berjaya memahami ko...
Read More

Filter
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah