2 Beradik Buat Duit Hasil Lukisan RM 1 Dapat Sambutan


PETALING JAYA – Walaupun usia mereka masih kanak-kanak, namun bakat sebagai seorang pelukis dan peniaga sudah terserlah.

Itulah kisah dua beradik yang tular di media sosial Facebook hari ini apabila ‘gerai jualan’ lukisan mereka mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Menurut bapa kepada kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Fadhil Zainuddin, anak sulungnya meminta dia membuka sebuah ‘kedai’ untuk menjual lukisannya.

“Petang tadi (semalam) layan anak sulung aku jual lukisan dia, punya beria dia nak bukak kedai,dia kata dekat aku “depan rumah pun takpe” jadi aku pun layankan sahaja.

“Aku tak nak patahkan semangat dia tu,jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia biar mereka cuba jual sendiri,tak sangka semua 6 lukisan dia habis dijual,” katanya di Facebook semalam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial bangga dengan bakat yang ditunjukkan kanak-kanak terbabit untuk berniaga walaupun diusia yang masih kecil.

“Kecik-kecik dah pandai berniaga dan ada seni, bukan semua orang ada,” tulis MohdBaiduizzaman MohamadFuad.



Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Zafirah Izzati.

“Viral kat Twitter, jual 6 lukisan tapi dapat duit lebih good luck adik kumpul duit,” tulisnya.

Pada masa sama, orang ramai turut memuji usaha kedua ibu bapanya yang turut menyokong usaha kanak-kanak tersebut.

Difahamkan gerai lukisan kanak-kanak tersebut berada di sekitar Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi, Kuala Lumpur.


Sumber artikel: Kosmo Online 

Jika ada ibu bapa yang ingin mengisi masa lapang anak di rumah dengan mengasah bakat seni mereka, boleh daftar ke kelas seni Artman. Kalau tak sempat join live pun tak apa, kita ada sediakan rakaman. Lagi best dapat HARGA DISKAUN jika daftar 3 kelas sekali. Hanya  klik ADD TO CART (seperti dalam gambar) untuk mendaftar secara pantas!

Related Posts

Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri? Dalam dun...
Read More
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More

Filter
2 Beradik Buat Duit Hasil Lukisan RM 1 Dapat Sambutan
2 Beradik Buat Duit Hasil Lukisan RM 1 Dapat Sambutan