Anak Terlajak Pandai Membaca & Mengira, Mungkin Tanda Hyperlexia

 *petikan dari FB Liyana Raya

Anak anda berusia 2 tahun tapi sudah pandai membaca dan mengira? Bunyi macam anak genius bukan? Bertenang dulu. 

Apabila anak berusia di bawah 4 tahun sudah boleh membaca serta mengira, itu bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Namun, keadaan itu patut membimbangkan ibu bapa. 

Puan Liyana Kaya, seorang ‘occupational therapist’ mengetengahkan isu Hyperlexia dan Hypernumeric dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. 

Hyperlexia ialah kemampuan membaca yang luar biasa pada usia yang sangat awal dalam kalangan kanak-kanak, tanpa memahami makna perkataan yang dibaca. Biasanya kanak-kanak hyperlexia ini boleh jadi sangat obses dengan huruf dan nombor, serta selalu mengulang-ulang perkataan tanpa memahami maknanya. 

Apa yang lebih membimbangkan, Puan Liyana turut menemui ramai kanak-kanak yang mempunyai Hyperlexia ini turut mengalami masalah kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety) dalam diam. 

Kemurungan atau depresi dalam kalangan kanak-kanak ialah isu serius. Kemurungan boleh membunuh imaginasi kanak-kanak, dan membantutkan kemampuannya untuk berfikir secara kreatif serta menyelesaikan masalah. Walaupun pada zahirnya, anak yang mengalami Hyperlexia mungkin nampak seronok dengan huruf dan nombor, depresi yang dialami boleh memakan diri anak secara perlahan. Jika depresi tidak dirawat lebih awal, banyak kesan buruk boleh menyusul ketika anak itu mulai meningkat remaja dan dewasa. 

Menurut Puan Liyana, apa yang kanak-kanak bawah 4 tahun perlukan ialah aktiviti bermain. Ibu bapa tidak perlu terlalu menekankan soal akademik kepada kanak-kanak bawah 4 tahun. Bukan masanya lagi. Usia tersebut ialah waktu untuk mereka bermain sepuas-puasnya. 

Maka, berikan mereka peluang untuk bermain, bermain dan bermain. Pada masa yang sama, ibu bapa patut gunakan waktu bermain untuk bina hubungan berkualiti dengan anak. 

Sesungguhnya, anak-anak bukan setakat ‘trofi kemenangan’ untuk ditayang-tayangkan dan dibanggakan, tetapi amanah yang perlu dididik dengan kasih sayang dan ilmu pengetahuan. 

Penulis asal: Puan Liyana Raya 

Post asal: https://www.facebook.com/100004062592759/posts/2205630069582391/?d=n

Kalau ibu ayah buntu nak bagi aktiviti apa untuk penuhkan waktu bermain anak-anak, boleh daftarkan anak di kelas seni seperti melukis dan mewarna. Banyak manfaat dan kebaikan seni ini pada anak-anak. Di dalam kelas Teknik Mewarna dan kelas Oil Pastel, anak-anak mampu mengembangkan kemahiran motor kasar dan halus. Kemahiran motor halus penting untuk persiapan sekolah anak dan termasuk menyediakan latihan dengan koordinasi mata, penggunaan tangan dan jari kecil seperti memegang pencil dengan betul. Manakala untuk kelas Komik Kartun pula, dapat meningkatkan kreativiti anak-anak dalam melukis watak kartun dan mencipta jalan cerita sendiri untuk komik mereka. Tidak dinafikan, daya kreativiti anak-anak kecil adalah sangat baik. Tambahan pula dengan minatnya mereka pada kartun animasi, kita salurkan terus minat tersebut menjadi satu nilai seni yang berharga.

 Klik gambar dibawah untuk mendaftar pakej Oil Pastel


Related Posts

Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri? Dalam dun...
Read More
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More

Filter
Anak Terlajak Pandai Membaca & Mengira, Mungkin Tanda Hyperlexia
Anak Terlajak Pandai Membaca & Mengira, Mungkin Tanda Hyperlexia