Jangan Paksa Anak Kecil Cepat Pandai Menulis? Ini Sebabnya

Semua ibubapa pastinya mahukan anak - anaknya bijak pandai supaya menjadi insan yang berjaya di masa hadapan. Nak menghasilkan anak yang hebat pastinya perlukan pembinaannya dari awal.

Ada ibubapa yang menggalakkan anak - anak dari kecil seusia 4 - 5 tahun supaya pandai membaca, mengira dan menulis supaya anak - anak mudah mencerap dan terbiasa apabila masuk ke sekolah nanti.

Tetapi ada juga ibubapa yang buntu bila mahukan anaknya cepat pandai menulis, tetapi anaknya tak mampu untuk lakukannya. Ini yang perlunya ibubapa semua tahu mengapa kita tidak boleh paksa anak - anak kecil ini cepat pandai menulis.



Dalam usia 4 - 5 tahun ini, tangan mereka masih berkembang dan belum lagi terbentuk dengan sepenuhnya. Jadi apa yang harus mereka lakukan bila berada di tahap ini? Bermain! Ya, seusia ini anak - anak tidak seharusnya dipaksa cepat pandai menulis lagi, mereka perlu dibiasakan dengan latihan gerakan tangan dahulu. Dengan kata lainnya, seusia ini anak - anak ini perlu banyakkan latihan motor skill mereka.



Mengapa pentingnya latihan motor skill ni?

Ini kerana, dengan aktiviti seperti mewarna, melipat origami, menggunting, menampal gambar, main tanah liat banyak menggunakan gerakan tangan. Apabila banyak dilatih dan sudah terbiasa, barulah anak - anak bersedia untuk menulis.

Jadinya, ibubapa tidak perlu risau anak ketinggalan sekiranya tak pandai menulis lagi di awal usia, yang penting kita enjoy dengan pembesaran anak - anak. Jangan susah - susah, daftarkan sahaja anak - anak ke kelas seni Saiful Nang Academy.





Filter
Jangan Paksa Anak Kecil Cepat Pandai Menulis? Ini Sebabnya - Saiful Nang Academy
Jangan Paksa Anak Kecil Cepat Pandai Menulis? Ini Sebabnya - Saiful Nang Academy