Bagaimana saya ditegur anak saya melalui lukisan.

Memang dari kecil saya galakkan Umar dan Ilyas ni untuk melukis, bukan untuk dia pandai lukis sangat tetapi sebagai satu medium bercerita untuk anak kecil ini.
.
Biasanya saya akan minta Umar ceritakan semula apa yang di lukis dan juga saya akan mengambil masa melihat semula apa yang dilukis.
.
Tujuannya untuk kita lebih mengenali apa yang ada di dalam hati anak kecil ini. Lukisannya kebiasaan berkenaan kartun yang di tonton dan adakalanya berkaitan dengan kehidupan yang sedang di lalui.
.
Dari pemerhatian saya, dari lukisan ini sebenarnya anak kita dapat bercerita perkara adakalanya dia lupa nak cerita pada kita atau dia takut/segan nak cerita pada kita.
.
Dan dari lukisannya ini juga kita dapat melihat kelemahan kita sebagai seorang parents untuk diperbaiki.
.
Bila dia lukis ayah dia main phone maknanya kita dah beri lebih masa pada phone lah berbanding dia. Ahaha.
.
Teguran ikhlas dari anak kepada ayah.
.
Hebat kan lukisan anak kecil ini.
.
Banyak yang kita boleh pelajari dari lukisan anak kecil ini, kita sahaja yang mahu atau tak mahu ambil pelajaran darinya.
.
Syibli Fakih
Kecik2 rajin lukis Son Goku



Bagi ibubapa yang mencari aktiviti untuk isi masa lapang anak di hujung minggu, boleh daftarkan ke KELAS SENI Artman bersama kami pada kelas yang terdekat ini. Klik ADD SELECTED TO CART di bawah untuk pendaftaran di bawah PAKEJ ARTMAN dan dapatkan HARGA DISKAUN yang ditawarkan.


Filter
Bagaimana saya ditegur anak saya melalui lukisan. - Saiful Nang Academy
Bagaimana saya ditegur anak saya melalui lukisan. - Saiful Nang Academy