Ketagihan Gadget Punca Fenomena Anak Tak Dengar Kata

Kajian saintis menunjukkan anak yang sudah terlalu leka dan seronok dengan gajet ini bakal mengalami MASALAH SENSITIVITI deria telinga yang amat rendah.
.
Allah jelaskan berkali-kali agar kita menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati (QS: Al - Isra' : 36, An - Nahl :78) dalam proses pendidikan.
.
Namun gejala ini telah MEMATIKAN fungsi deria paling utama dalam pendidikan, iaitu pendengaran. Ini adalah asas kepada pembentukan anak derhaka, apabila kurang sensitiviti serta respond mereka terhadap panggilan dan arahan murobbi.
.


.
Adakah anak kita BERSEGERA semasa dipanggil?
.
Adakah anak kita BERGEGAS BANGUN apabila diarahkan melakukan sesuatu ketika mereka sedang menonton rancangan TV atau bermain gajet kegemaran mereka?
.
Adakah kita membelai saja anak kita semasa mereka salah dan semasa baik?
.
Atau kita sekadar berkata “Biarlah, budak-budak”.
.
Benar mereka budak-budak pada hari ini, tetapi mahukah kita dengan habit itu mereka dibesarkan?
.
Hari ini anak yang kita panggil tidak menyahut kita biarkan saja, mereka membentak juga kita biarkan.
.
Kita TIDAK SENSITIF dengan bahasa badan anak yang membentak dan tidak menghiraukan derhaka-derhaka kecil sehingga derhaka besar tak mampu kita kawal.
.
Api jika kecil mampu kita tiup dan siram untuk padamkan, tetapi jika sudah marak, kita terpaksa pasrah melihat ia terus membakar. Jika mampu kita buat sekalipun ialah dengan mengawal api dari membaham rumah-rumah lain.
.
Jika anak kita hari ini berumur 13 tahun dan sedang hamil anak luar nikah, pendidikan sudah kurang berguna ketika itu.
.
Jika hudud (batas) tidak kita laksanakan dalam keluarga, nanti kita akan hanya mampu melihat dan mengawal kerosakan itu dengan qisas (hukuman) agar tidak merebak kepada anak-anak yang lain sahaja.
.

.
Yang terbakar sudahpun hangus, yang koyak sudahpun rabak.
.
Sama - sama muhasabah diri, periksa semula fungsi diri kita sebagai ibubapa adakah telah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya?
.
Jangan anak dah parah baru nak sedar, jika penggunaan gadget yang tak terkawal boleh menyebabkan anak menjadi semakin degil, cepat - cepatlah ambil tindakan yang sewajarnya.
.
Kredit artikel suntingan: Ustaz Shauqi Hasan
.
Bagi ibubapa yang RISAU cuti sekolah anak hujung tahun ni tiada sebarang aktiviti, jom daftarkan anak ke KEM CUTI SEKOLAH ARTMAN bersama kami, tentu anak - anak seronok dapat bergaul dengan kawan baru dan mencuba aktiviti yang mungkin tidak pernah mereka lakukan
.
Hanya KLIK GAMBAR dibawah untuk daftar secara pantas



A
tau boleh sahaja hubungi Admin di talian berikut untuk maklumat lanjut
011 2328 4212 (Pn Fairuz)


Related Posts

5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Kisah Kimi pernah viral 6 tahun lalu iaitu, seorang anak yang dibuang ibunya dan menderita hidup dalam angan-angan se...
Read More
Anak lebih peka bila lebih awal didedahkan dengan warna
Anak lebih peka bila lebih awal didedahkan dengan warna
Persekitaran yang berwarna-warni membawa kesan yang besar kepada pemerhatian, pemikiran dan ingatan kanak-kanak. Kana...
Read More

Filter
Ketagihan Gadget Punca Fenomena Anak Tak Dengar Kata
Ketagihan Gadget Punca Fenomena Anak Tak Dengar Kata