Mak Ayah Tak Pantau Anak Masa PdPR, RM 2600 Lesap Dari Akaun

Walaupun duduk di rumah sahaja, mak ayah pun ada kerja juga. Memang masing - masing sibuk dengan tugasan yang ada, tapi jangan sampai anak terabai. Dalam pada kita ingat mereka belajar, rupanya ada ‘agenda’ lain yang dibuatnya

Sebab itulah mak ayah kena berkali ganda BIJAKNYA daripada anak - anak. Jangan sampai dah terhantuk baru nak tergadah, dah kena menyesal tak sudah

Baru - baru ni ada satu posting viral di laman Facebook berkenaan anak yang curi - curi main game semasa PdPR, sampaikan mak ayah sendiri tak sedar duit dalam akaun telah DIHABISKAN anaknya sehingga RM 2,600 semata - mata untuk GAME sahaja!


https://www.facebook.com/groups/Kuantan.official/posts/3183413665280461

Nak salahkan anak sepenuhnya pun tak boleh juga. Nasi dah jadi bubur

Dalam memberi pendedahan anak - anak terhadap gadget masa PdPR ni, mak ayah harus sentiasa ambil langkah berjaga - jaga. Sentiasa PANTAU apa yang anak buat. Bukan takut anak tertengok perkara yang tak elok sahaja, tetapi pada perkara lain juga seperti online shopping, online game yang sampai kita sendiri pun tak sedar anak boleh habiskan duit kita dalam diam.

Ini sangat BAHAYA ya mak ayah!

Ingat, dalam musim PKP ni, kita sendiri tak boleh jangka berapa lama duit yang kita ada sekarang ni boleh menampung kehidupan seharian kita. Jangan sampai nanti dah terdesak nak pakai duit, tahu - tahu je duit dah hangus tanpa sedar.

Kena check juga, mungkin anak kurang mendapat perhatian daripada kita dalam kesukaran menjalani pembelajaran online, atau juga mungkin mereka bosan dipaksa untuk belajar sahaja bila duduk di rumah tanpa ada aktiviti lain

Cuba beri mereka buat sesuatu aktiviti yang boleh meningkatkan semangat mereka seperti melukis, mewarna. Daftar sahaja ke kelas seni ARTMAN kami. Boleh dapat harga diskaun kalau join dengan pakej. Daftar je dengan PAKEJ yang kita sediakan. KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MENDAFTAR

 

 

Hanya pilih sahaja PAKEJ yang kita sediakan, dan klik ADD SELECTED TO CART untuk dapatkan harga promosi 

 


Related Posts

Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah, bukanlah bermakna mak ayah boleh rehat - rehat goyang kaki. Mestilah...
Read More
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Dalam fasa anak - anak membesar, adakah kita perasan masalah perkembangan pada mereka? Contohnya, ada perkara yang pa...
Read More
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Tanpa kita sedar, sebenarnya melukis merupakan aktiviti yang luar biasa. Mungkin bagi sesetengah individu mengganggap...
Read More

Filter
Mak Ayah Tak Pantau Anak Masa PdPR, RM 2600 Lesap Dari Akaun
Mak Ayah Tak Pantau Anak Masa PdPR, RM 2600 Lesap Dari Akaun