Tengok YouTube Tanpa Had, Anak Mia Ahmad Speech Delay

Pelakon Mia Ahmad menyesal kerana tidak menyedari masalah speech delay yang dialami oleh anak sulungnya, Sayf Issa yang kini berusia tiga tahun.

Menurut Mia, dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan sendiri oleh cikgu sekolah anaknya yang meminta bertindak segera menangani masalah itu.

"Saya memang menyesal sebab tak gunakan masa yang penting waktu dia masih kecil untuk develop apa yang perlu"

"Saya pula masa itu first time mom, tiada pengalaman, apabila orang cakap biasalah anak lelaki lambat bercakap jika dibandingkan dengan anak perempuan, jadi saya fikir mungkinlah betul"

"Lepas itu, bila saya hantar dia pergi playschool, cikgu dia call tanya saya selalu ke beri dia tengok YouTube, saya terus terang cakap memang saya ada beri, tiada limit masa sehari berapa jam dan daripada situ saya baru tahu yang saya dah buat silap, kata Mia.


Selepas ditegur guru berkenaan, Mia kemudiannya mengambil keputusan untuk MENGEHADKAN MASA anak nya menggunakan gadget serta menonton TV selama beberapa bulan. 

Tidak dinafikan memang awalnya anaknya menangis bila diambil pendekatan begitu, namun lama - kelamaan Issa menunjukkan perkembangan yang baik selepas dapat bimbingan juga daripada speech therapist. 

"Sekarang juga Mia memang banyak luangkan masa buat aktiviti dengan Issa dan adiknya, Iris. Macam - macam aktiviti yang dilakukan antaranya bacakan buku cerita, melukis dan main lego dengan mereka supaya deria mereka sentiasa bergerak," katanya lagi.

https://www.instagram.com/p/CQ7QQlQsoQz/?utm_medium=copy_link

Mia turut menambah, perkongsiannya di Instagram itu adalah bagi memberi kesedaran kepada ibubapa agar mengurangkan screen time anak masing - masing demi perkembangan mereka.

"Macam kita kecil - kecil dulu, kita ada pengalaman panjat pokok, main dengan kawan - kawan di luar. Kanak - kanak sekarang masa mereka lebih banyak dihabiskan depan TV dan gadget. Bukan tak boleh beri, tapi biarlah BERPADA - PADA.

"Alhamdulillah saya cepat tersedar dan tak leka biarkan Issa dengan gadget  dan tengok TV sahaja"

Begitulah realiti yang dihadapi oleh ibubapa sekarang, lebih - lebih lagi bagi modern parents, tidak terkecuali bagi golongan artis. Sama - samalah kita ambil pelajaran agar perkara yang sama tidak berlaku kepada anak - anak kita.

Bagi ibubapa yang berminat untuk mengisi masa lapang anak - anak di hujung minggu, boleh daftarkan ke kelas seni Artman bersama kami. Hanya KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MENDAFTAR DAN PILIH PAKEJ ARTMAN UNTUK PEMBELIAN 2 KELAS DENGAN HARGA COMBO

Atau klik sahaja link ini:

https://www.snap.my/products/kelas-komik-kartun


Related Posts

Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri? Dalam dun...
Read More
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More

Filter
Tengok YouTube Tanpa Had, Anak Mia Ahmad Speech Delay - Saiful Nang Academy
Tengok YouTube Tanpa Had, Anak Mia Ahmad Speech Delay - Saiful Nang Academy