TIPS MENANGANI ANAK DEGIL

Ramai sekali yang MENGELUH dan putus asa dengan sikap anak tidak mahu dengar kata, khususnya dari kaum ibu. 

Contohnya, berulang kali ibu membebel suruh masuk tidur pun dia masih tercegat buat tak tahu. Masih terus menonton tv. Masih melekat dengan GAJET bermain game yang disukai.  

Sering kita dengar ibu yang sudah keletihan itu terjerit-jerit di malam buta. Ada juga yang bertindak nekad. Diangkat anak itu satu persatu ke tempat tidur mereka. Malangnya sebaik ibu keluar, anak degil tadi pun keluar semula. 

Urmmmm... biasanya Ibu yang sudah letih dan hampir putus asa itu akan angkat semula berulang kali dengan leteran dan keluhan yang sama. Begitulah gambaran letihnya menangani  kedegilan anak tadi.

Bayangkan jika tabiat itu berlaku pada beberapa orang anak pula. Sang ibu tidak henti-henti berleter mencegah tabiat anak-anak yang berlari-lari ke sana ke mari, yang bergaduh dan pukul memukul, atau baling membaling objek sesama sendiri. 

Bila anak sudah besar sedikit, sudah pandai keluar rumah sendiri, sudah ada boyfriend dan girlfriend, kedegilan itu akan lebih menyedihkan malah MENYAKITKAN HATI.

 

Selaku pack leader dalam rumah, jangan biarkan anak-anak 'MENGUASAI' kita sejak mula. Jika sudah terlanjur pun harus berani ubah suasana dengan SEGERA. Jangan takut mencuba. Yakinlah yang anak-anak akan mampu berubah. Jangan sekali-kali merasa lemah, lesu dan cepat menyerah kalah.... 

Tambahkan ENERGY DALAMAN. Iktikadkan dalam minda bahawa anda adalah pengatur (murobbi/ah) yang wajib menguasai mereka. 

Energy dalaman itu secara otomatik akan mengubah intonasi suara dan aura penguasaan kita terhadap mereka. Energy itu akan mengalir melalui sinar mata, intonasi suara dan intensiti gerak motor tubuh kita untuk menundukkan mereka.

Jika leteran dan tindakan yang sama secara berulang-ulang tadi tidak lagi memberikan kesan pada mereka, BERHENTI BERCAKAP. Tunjukkan dengan 'bahasa tubuh' pula bahawa kita tidak suka dengan perangai mereka. Kadang kala bahasa tubuh lebih berkesan dari lisan.

Lebih banyak kita ulang leteran kita, lebih MENGADA - NGADA. Ada kalanya mereka sebenarnya bukanlah nak main sangat, tetapi lebih kepada ingin dapatkan PERHATIAN kita. Kesannya dia kelihatan seperti 'menyakat' kita pula..

Amalkan konsep 'HUKUMAN MASA'. Jika anda masih mampu angkat dan letak mereka di tempat tidur, lakukan sahaja tanpa berkata-kata. 

Jika masih mahu bercakap juga, tambahkan energy melalui nada dan intonasi suara. Berikan mereka sedikit 'ancaman' dengan kata-kata yang SANGAT RINGKAS.

Boleh juga berikan tekanan (fear motivation) melalui tindakan mudah yang tidak memerlukan mereka melakukan apa-apa. Contohnya dengan menyekat atau menghentikan 'reward' yang biasa kita beri pada mereka. Antaranya;

> kita akan sita tablet mereka, 

> kita akan jual tv yang dia suka, 

> kita akan sekat duit belanja sekolah keesokannya, 

> kita tidak akan bawa mereka keluar shopping/ bercuti

> DAN sebagainya. 

Pastikan anda tahan hati untuk bertegas melaksanakan apa sahaja ancaman atau hukuman yang pernah anda katakan. Sekurang-kurangnya sekali atau dua kali. Biar dia tahu yang kita SERIUS. 

Ingat...!!! 

TAMBAHKAN energy dalaman kita selaku pack leader ketika berhadapan dengan sikap anak-anak yang ingkar arahan. 

Jika aura kepimpinan dan energy ibubapa terlalu rendah, anak akan dapat kesan lalu mereka akan ambil kesempatan untuk ambil alih ‘kuasa’ dari kita.

Mulakan sejak awal usia... sejak umur tadika. Jika kita lambat, intensity kedegilan itu akan berkembang menjadi LEBIH RUMIT selari dengan usia mereka. 

Ingatlah… tabiat mereka itu terbentuk dari aura energy pengaturan kita. Mereka ambil kuasa sejak kecil kerana LEMAHNYA kita dalam mendidik mereka.

Selamat mencuba.

Kredit artikel: 

DrMas Mohd Satu

DrMas Mohd Dua

Bagi ibubapa yang ingin mengisi masa lapang anak cuti sekolah ini, bolehlah daftarkan anak ke KELAS SENI ARTMAN bersama kami. Klik sahaja ADD TO CART untuk mendaftar dan dapatkan HARGA DISKAUN mengikut pakej yang disediakan


Related Posts

Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ini anak-anak RPWP. Waktu pagi mereka ada sesi akademik di sebelah petang pula mereka membantu mengembala kambing dan...
Read More
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah, bukanlah bermakna mak ayah boleh rehat - rehat goyang kaki. Mestilah...
Read More
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Dalam fasa anak - anak membesar, adakah kita perasan masalah perkembangan pada mereka? Contohnya, ada perkara yang pa...
Read More

Filter
TIPS MENANGANI ANAK DEGIL
TIPS MENANGANI ANAK DEGIL