10 Tips Untuk Para Guru Buat PdPR Lebih Menarik Dengan Smartphone

Susah hati saya kerana PKP berlanjutan untuk sekian lamanya tanpa kita tahu penghujungnya. Sekolah juga masih ditutup. Ini sudah pastinya mengganggu pembelajaran murid-murid. Cikgu-cikgu pastinya lebih resah. Apakah murid-murid kesayangan mereka belajar di rumah? Bagaimanakah prestasi murid-murid? Cikgu-cikgu tidak dapat bersemuka dengan mereka. Prestasi mereka juga tidak dipantau.

Memanglah murid-murid bersemuka dengan cikgu-cikgu semasa sesi PdPR yang dibuat melalui Google Meet. Tetapi keberkesanannya tidak sama dengan pembelajaran di dalam kelas. Di dalam kelas murid-murid bergantung pada cikgu-cikgu untuk memahami subjek yang dipelajari. Manakala di rumah, terpulang pada inisiatif murid-murid untuk belajar dan memahami subjek yang diajar cikgu-cikgu.

Pengajaran dan pembelajaran dalam norma baru ini, tidak cukup dengan sesi Google Meet sahaja. Murid-murid perlu dibekalkan dengan rujukan tambahan supaya mereka boleh mengulangkaji. Salah satu cara untuk murid-murid belajar dan faham dengan efektif ialah melalui video. Video yang bagus dapat menarik perhatian murid-murid. Tumpuan murid-murid juga lebih berbanding pembacaan yang memakan masa lama untuk mereka fahami.

Namun bukanlah mudah untuk cikgu-cikgu buat video. Perintah PKP diumumkan secara tiba-tiba. Cikgu-cikgu tidak disiapkan dengan kemahiran yang betul untuk merakam dan menyunting video. Atas inisiatif cikgu-cikgu sendiri hendak belajar kemahiran ini. Demi memastikan murid-murid faham dengan subjek yang diajar, cikgu-cikgu perlu berhempas pulas menguasai kemahiran ini.

Cikgu-cikgu jangan risau. Panduan di bawah ini boleh membantu cikgu-cikgu untuk merakam dan menyunting video justeru menyiapkan bahan pembelajaran yang baik untuk murid-murid hanya dengan menggunakan smartphone sahaja.


MERAKAM VIDEO

1. Gunakan tripod dengan arm dan ballhead - Ada pelbagai tripod di pasaran. Tripod dengan arm ini akan memudahkan cikgu-cikgu apabila nak buat video secara flatlay. Jika nak rakam secara tegak pun boleh. Tegakkan arm sahaja dan kamera sudah menghadap muka cikgu-cikgu. Ballhead boleh diputar 360 darjah. Mudah untuk cikgu laraskan telefon ke atas bawah dan ke kiri kanan.

2. Gunakan latarbelakang hitam - Latarbelakang hitam ini sangat membosankan hingga tiada apa-apa untuk ditonton murid-murid. Jika muka cikgu dengan bahan mengajar sahaja dalam video pastinya mata murid-murid akan tertumpu pada cikgu sahaja.

3. Pastikan tiada bendasing selain diri cikgu dan bahan mengajar. Ada kalangan cikgu yang suka meletakkan hiasan di sekeliling mereka sewaktu sesi Google Meet atau dalam rakaman video. Jika bukan hiasa ada yang menunjukkan barang jualan video. Bendasing ini akan mengganggu tumpuan murid-murid. Walaupun video rakaman nampak bosan tetapi tujuaannya adalah untuk pastikan murid-murid tumpukan perhatian pada cikgu seorang.

4. Gunakan lampu tambahan. Lampu kalimantang yang di atas siling agak malap. Gunakan 2 lampu berdiri atau lampu meja letakkan 30 darjah daripada paksi tengah muka. Atau gunakan satu lampu dan cahaya matahari daripada tingkap.

5. Gunakan mikrofon luar. Bila cikgu bercakap dalam video, jarak cikgu dengan smartphone agak jauh. Bunyi daripada sekeliling juga akan mengganggu kualiti suara dalam video. Sebab itu gunakan mikrofon luar. Cikgu-cikgu boleh gunakan mikrofon earphone atau mikrofon lavalier atau mikrofon shotgun.

6. Sediakan skrip. Jadikan amalan siapkan skrip dulu sebelum buat rakaman atau video presentation. Jadikan ia sebagai nota dan panduan. Kerja rakaman dan suntingan akan jadi lebih mudah.

7. Tetapan kamera. Sebelum merakam pastikan kamera ditetapkan kepada sekurang-kurangnya 4K, 30fps. Ini ialah kualiti dan kelajuan video. Ada tetapan yang lebih rendah seperti 720, 24fps atau yang lebih tinggi seperti 8K, 120fps. Sudah memadai dengn 4K, 30fps. Visual akan jadi terang dan jelas dengan tetapan ini. Nak menyunting pun senang

8. Jangan gunakan zoom. Sesetengah smartphone ada hingga tiga lens iaitu wide lens, normal lens dan telephoto lens. Gunakan sahaja normal lens. Visual nampak normal dan standard pada pandangan murid-murid. Jika gunakan zoom akan merosakkan visual dan pixel. Video jadi tak cantik.

9. AE/Focus lock. Smartphone ada fungsi autofocus. Ia akan mengganggu pengcahayaan video. Video akan menjadi sekejap gelap sekejap terang. Oleh kerana itu sebelum tekan butang rakaman, tekan pada skrin pada muka cikgu selama 2 saat untuk focus lock. Pengcahayaan ditetapkan mengikut kecerahan pada muka cikgu dalam video.

10. Tekan butang rakaman. Setelah segala persiapan dilakukan, tekan butang merah di tengah-tengah smartphone dan mula merakam mengikut skrip.

 

MENYUNTING (EDIT) VIDEO


Apps Inshot menjadikan kerja-kerja membuat bahan pengajaran dan pembelajaran cikgu-cikgu lebih mudah. Dalam Inshot cikgu-cikgu boleh menyunting video dan gambar. Cikgu-cikgu boleh buat slideshow, presentation dan poster. Semuanya dilakukan dalam Inshot sahaja. Tak perlu keluar. Tak perlu apps pihak ketiga.

Nak huraikan bagaimana nak gunakan apps Inshot maka panjang berjela tulisan saya ini. Saya senaraikan beberapa fungsi dalam Inshot yang cikgu-cikgu selalu gunakan.

  • Filter - Fungsi untuk menyunting warna. Boleh gunakan filter yang ada atau laraskan warna secara manual.
  • PiP - Fungsi ini dipanggil Picture-in-Picture. Di atas video utama cikgu boleh letakkan video lain atau gambar atau logo.
  • Zoom - Fungsi zoom digunakan untuk melaras dimensi gambar atau video. Boleh dilaraskan dari kecil ke besar atau besar ke kecil.
  • Canvas - Fungsi untuk memilih saiz video. Boleh pilih saiz 1:1, 16:9, 4:3 dan banyak lagi. Pilih mengikut medium sosial media di mana cikgu nak muat naik video.
  • Text - Fungsi untuk cikgu tulis penerangan atau tulis senikata di atas video.

Ada banyak lagi fungsi lain. Muat turun apps Inshot di Apple app store atau Google play store.

 

MUATNAIK VIDEO DI YOUTUBE


Setelah video sudah siap rakam dan sunting, cikgu-cikgu boleh muat naik video di Youtube. Setelah muat naik video dalam smartphone boleh dihapuskan untuk menjimatkan ruang. Satu-satu fail video memakan ruang storan yang besar dalam smartphone. Sudah pasti menyemakkan apabila cikgu-cikgu buat video banyak-banyak.

Lebih mudah cikgu muat naik di Youtube. Cikgu-cikgu boleh kongsikan link video kepada murid-murid semasa sesi Google Meet. Video juga boleh diakses oleh murid-murid berulang kali bila-bila masa sahaja.

Satu lagi kelebihan Youtube, cikgu-cikgu boleh membina channel Youtube sendiri. Apabila channel Youtube cikgu-cikgu sudah ramai pengikut dan penonton, Youtube akan memberi sebahagian pendapatan kepada cikgu-cikgu. Peluang untuk cikgu-cikgu mendapat pendapatan tambahan.

Ketahui bagaimana membuat video cantik, menarik dan buat pendapatan tambahan ini di Saiful Nang Academy. DISKAUN RM90 diberikan kepada peserta yang mendaftar Pakej Youtuber yang mengandungi kelas Youtube Income Tinggi, kelas Smartphone Video Shooting, kelas Smartphone Video Editing. Kelas dijalankan secara online. Cikgu-cikgu hanya duduk rumah dan jangan lari. Tonton video dan rujuk nota yang diberikan.
.
Mana lagi berbaloi? Belajar buat video dalam kelas berharga lebih RM10,000 yang gurunya ajar ikut buku atau belajar dengan orang yang dah ada ratusan ribu pengikut di Youtube dengan harga kelas cuma RM100? Klik pakej dibawah untuk mendaftar.

 


Related Posts

8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
Nak jadi content creator yang berjaya, perlu bantuan apps yang memudahkan tugasan kita. Maklumlah, nak hasil video co...
Read More
Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Siapa sangka kan, umur baru setahun dah boleh jadi influencer travel. Ini yang terjadi pada seorang bayi bernama Brig...
Read More
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Siapa pernah experience macam ni?  Ibu dan ayah boleh guna Youtube untuk simpan video keluarga. Video tu orang lain t...
Read More

Filter
Tips Untuk Para Guru Buat PdPR Lebih Menarik Dengan Smartphone - Saiful Nang Academy
Tips Untuk Para Guru Buat PdPR Lebih Menarik Dengan Smartphone - Saiful Nang Academy