5 Tips Usahawan Makanan Boleh Praktikkan Bila Nak Buat Video Makanan Yang Menggiurkan
Siapa jer yang tak suka tonton video berkaitan masak dan makan-makan ni kan? Kalau tak, tak ada la Instagram Khairul Aming dan Youtube channel Che Nom boleh dapat sehingga jutaan followers dan subscribers.
Mudah kata, banyak siaran TV dan program di internet yang melibatkan rancangan memasak, makan atau mengembara sambil mencuba makanan baru akan mendapat sambutan dan rating yang tinggi.
Ini terbukti dengan meningkatnya channel masak memasak dan makan-makan di Youtube. Peniaga makanan dan content creator perlu grab peluang ini sementara mood rakyat Malaysia masih berminat untuk menonton video sebegini. Lagi-lagi waktu PKP ini ramai yang stuck kat rumah dan luangkan banyak masa melayari internet. Di bawah ni contoh video masakan kami yang mendapat views tinggi - 360,000 tontonan sepanjang di upload di Youtube.
Tapi bagaimana nak memastikan kita menghasilkan video yang terbaik? Baca sampai habis, kami kongsikan tips nya di sini.
1. PEMILIHAN RESEPI
Salah satu yang perlu di ambil kira sebelum menghasilkan video masakan adalah kita kena tahu apa yang mahu dimasak. Pastikan makanan yang nak dihasilkan itu nampak sedap di depan kamera. Orang putih kata 'pleasing to the eyes'. Jika boleh juga, pastikan resepi yang dihasilkan tidak terlalu rumit, baru la ramai yang yang berminat nak follow. Contohnya jika kita berniaga pes masakan, jangan lah pula di nampakkan dalam video betapa rumitnya nak masak dish itu sedangkan fungsi pes itu sendiri sudah sepatutnya dipermudahkan.
2. TEKNIK KAWALAN DAN ANGLE KAMERA/KAMERA SMARTPHONE
Teknik kawalan, angle dan shot kamera sangat penting bila nak menghasilkan video makanan. Gunakan pelbagai shot untuk menghasilkan video yang menarik. Jangan guna 1 shot je ya, boring video kita nanti. Antara shot yang boleh dipraktikkan ialah
Close-up shot.
Extreme close-up shot.
Medium shot.
Flatlay shot.
Framing pun penting juga ya. Nak letakkan tukang masak di tengah-tengah video ke, atau pun 1/3 video. Bila kita dah pre-visualise end-result video kita, percayalah proses shooting akan jadi lebih lancar.
3. PENCAHAYAAN
Pencahayaan merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam penghasilan sesebuah video. Inilah yang akan menjadikan video kita kelihatan seperti profesional yang ada 10 tahun pengalaman dalam bidang videografi. Jika kita shoot video dengan pencahayaan yang kurang, video kita akan nampak dull - dan makanan juga akan nampak tidak sedap. Bagi usahawan makanan yang baru nak belajar buat video makanan, tak perlu runsing nak sewa studio untuk buat video masakan, cuma perlu cari sahaja lokasi di rumah kita yang mempunyai sumber cahaya matahari. Jimat pun jimat.
4. BUNYI (SOUND)
Nampak macam remeh tapi bagaimana kita menyesuaikan satu-satu bunyi dengan video, memberi impak besar dalam penghasilan sesebuah video masakan.
Contohnya jika video tersebut memerlukan kita memberi penjelasan yang jelas tentang sesuatu proses, jadi kita memerlukan microphone yang baik dalam merekod suara tersebut. Sama konsep juga bila kita ingin merakam bunyi potongan, bunyi tumisan atau pun bunyi kuah menggelegak.
Ia akan menjadi mimpi ngeri bilamana suara yang dirakam tidak kedengaran atau pun tenggelam. Untuk pemilihan lagu, digalakkan pilih muzik yang ringan dan menenangkan seperti Jazz.
5. PROSES EDITING VIDEO
Editing merupakan proses penting dalam menghasilkan final product yang terbaik. Jika hasil editing tidak sempurna, boleh mengundang komen yang buruk dan yang paling tak best, orang tak nak tengok pun video tersebut.
Apa yang diperlukan adalah memastikan shot-shot video yang diambil sesuai dan video tidak dragging terlalu lama. The best video ialah dalam masa 20 hingga 30 minit sahaja untuk platform Youtube, Facebook dalam 10 hingga 15 minit, dan IGTV pula dalam 15 minit untuk account biasa.
Ada banyak contoh di internet cara untuk buat video editing. Tapi kalau kita ni jenis yang perlu berguru, boleh belajar dengan kami. Klik jer gambar di bawah ni. Kami ajar shoot dan edit video makanan guna henfon sahaja. Tak perlu ada kamera mahal pun tak apa. Video power, baru lah orang yang tonton tu craving, buat depa lapar dan kemudian 'ter'beli makanan kita. Jualan kita pun naik. Kan best!
Dah baca sampai habis? Senang je sebenarnya nak buat video masakan bila kita tahu teknik-tekniknya. Ada ilmu, semua jadi. Bila buat tapi tak ada ilmu tu yang rasa macam susah jer. Jom lah tuntut ilmu dan upgrade skill videography dengan kami. Daftar sekali, tapi boleh tonton video berulang kali sampai faham dalam masa dua bulan. Kelas terdekat pada hujung minggu ni (14 & 15 Ogos 2021). Nak daftar boleh klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" di bawah ni.
Kita bagi PERCUMA sekali kelas Youtube Income Tinggi (belajar bagaimana nak dapatkan subscriber dan views yang tinggi di Youtube) dan kelas buat thumbnail video.. Thumbnail video tu penting tau sebab itu antara pulling factor orang klik video kita.. Kelas pun online sahaja, dan cuma perlu sediakan smartphone sahaja untuk belajar.