6 Youtuber Dengan Jumlah Subscribers Tertinggi Di Malaysia

Semua Youtubers ini bermula dari zero, kini sudah mempunyai jutaan subcsribers.

Dunia dulu dan sekarang berbeza. Dulu bila ada yang kata nak jadi Youtubers - mesti mak mak buat muka, ayah suruh kerja ofis pakai kemeja dan tie, kawan-kawan pula perlekehkan minat kita tapi sekarang ni dah terbukti dari Youtube juga kita boleh dapatkan pendapatan yang lumayan.

Di sini kami kongsikan 6 Youtubers yang mempunyai subscribers yang tertinggi di Malaysia. Mereka juga bermula dari zero dan dengan content yang berterusan mampu menaikkan subscribers sehingga ke tahap ini. Paling penting, you have to start somewhere.

1. ALIEFF IRFAN, 3 JUTA SUBSCRIBERS
Baru berumur 23 tahun tapi sudah menjana pendapatan setara doktor pakar di Malaysia. Bermula dari minat yang mendalam terhadap videografi membuatkan Alieff sering membuat content video-video pendek dan parodi isu semasa di Youtube. 

 

2. JORDAN YEOH FITNESS, 2.86 JUTA SUBSCRIBERS
Seorang fitness freak! Banyak buat video content yang menarik mengenai fitness dan tips exercise especially yang berminat nak bina dan train muscles, dan nak turunkan berat badan. This is what we call from passion to profession. 

 

3. SYAHMI SAZLI, 2.47 JUTA SUBSCRIBERS
Anak muda dari Kelantan ini baru berumur 25 tahun tapi disebabkan minat yang mendalam terhadap gajet dan videografi Syahmi banyak membuat content video pendek yang santai. Bermula dari 5 tahun dulu dan kini sudah pun mempunyai hampir 2.5 juta subscribers. Dari video di Youtube, kini Syahmi sudah bergelar selebriti dan peluang yang terbuka untuknya juga semakin meluas. 

 

4. NUR AMIRA SYAHIRA, 2.41 JUTA SUBSCRIBERS
Anak remaja berumur 17 tahun ini sudah aktif meng-upload video di Youtube seawal usia 8 tahun. Malah, video beliau bermain drum juga dikenali sehingga ke serata dunia malah diberi gelaran Young Lady Rocker dari Drum Talk TV. Kumpulan Black Veil Brides juga pernah memberi penghargaan kepada Nur Amira kerana memainkan lagu kumpulan mereka. Dari sekadar bermain drum sebagai hobi dan upload di Youtube, kini Nur Amelia juga menjana pendapatan dari sini.

5. ZUKIE MOHAMAD, 1.31 JUTA SUBSCRIBERS
Sudah berkecimpung di dalam industri Youtube sejak 4 tahun dahulu tapi cuma dikenali setahun selepasnya. Zukie banyak membuat drama pendek di Youtube dan celoteh nya yang menghiburkan menyebabkan beliau diminati oleh rakyat Malaysia.

 

6. SOLOZ CLUB, 1.17 MILLION SUBSCRIBERS
Seorang gamers tegar. Sekarang ni main game pun dah boleh jana pendapatan yang lumayan setara income golongan T20. Dari main game tak dapat apa, baik main sambil buat duit, betul tak? Lepas tengok kejayaan Soloz, siapa yang terus bercita-cita nak jadikan ‘Gaming’ sebagai profession? 😁 

 

Kebanyakan mereka bermula dari bawah, dari zero followers dan slowly naik sehingga kini mempunyai jutaan pengikut. Nak jadi Youtuber sekarang dah mudah, guna smartphone pun boleh. Smartphone zaman sekarang pun dah canggih. 

Nak buka account Youtube pun tak ada limit umur, anak-anak kecil kita nak jadi Youtuber boleh, atau ibu ayah kita yang minat nak buat video dan share knowledge di Youtube pun boleh juga. Sepanjang pengalaman kami buat kelas video, peserta termuda kami ialah berumur 8 tahun. Ibunya yang mendaftarkan untuk anaknya sebab anaknya minat buat video dan bercita-cita nak jadi Youtuber. Jadi si ibu bukakan jalan dan berikan ilmu supaya kemahiran anaknya berkembang.

Kita pun boleh jadi seperti Youtubers yang disenaraikan. Yang penting kena ada kemahuan, semangat dan kerajinan yang tinggi. 

Kemahuan nak buat video.
Semangat jitu nak teruskan usaha buat content.
Rajin upload video dan tambah ilmu.

Kami ada sediakan platform untuk upgrade ilmu shoot video dan edit video guna smartphone. Memang sesuai bagi beginner yang baru nak bermula atau Youtuber yang nak tambah skill nak bagi video menarik. 


 



Filter
6 Youtuber Dengan Jumlah Subscribers Tertinggi Di Malaysia - Saiful Nang Academy
6 Youtuber Dengan Jumlah Subscribers Tertinggi Di Malaysia - Saiful Nang Academy